Ketika mengandung, bakal ibu cenderung untuk berasa was-was dengan
pengambilan ubat-ubatan walaupun ia dipreskripsikan oleh doktor yang
bertauliah. Justeru pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi
berkenaan hal pengambilan ubat ketika mengandung bagi mengelakkan
daripada berlaku perkara yang tidak diingini kepada bayi dalam kandungan
selain berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu.
Ubat antibiotik antara jenis ubat yang perlu diberi perhatian apabila
anda sedang berbadan dua. Satu kajian yang dilakukan mendapati ibu hamil
yang mengambil ubat antibiotik ketika sedang mengandung mungkin boleh
mengganggu sistem kekebalan tubuh badan bayi.
Kajian yang dilakukan oleh Children’s Hospital of Philadelphia di
Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pengambilan ubat antibiotik oleh
ibu hamil dapat mengurangkan kemampuan anak melawan penyakit yang
berkaitan dengan kuman dan bakteria, terutama dalam sistem pencernaan.
Dikatakan ibu hamil yang makan antibiotik dapat meningkatkan risiko
anak yang lahir mudah terjangkit dengan masalah pencernaan akibat kuman
dan bakteria, salah satunya adalah jangkitan E.coli yang boleh membawa
maut terutama dalam kalangan bayi yang lahir pramatang. Oleh sebab itu,
bayi memerlukan kekebalan badan yang maksimum terutama bakteria baik di
dalam ususnya.
Oleh itu pengambilan antibiotik dalam kalangan ibu hamil mesti diawasi
oleh doktor kerana ia mempunyai kesan sampingan yang besar kepada bayi
dalam kandungan. Sebaiknya elakkan daripada mengambil antibiotik jika
ibu sekadar diserang demam selesema biasa sahaja.
Oleh itu saya syorkan pada ibu mengandung di luar sana dengan Set Hamil Shaklee.
Oleh itu saya syorkan pada ibu mengandung di luar sana dengan Set Hamil Shaklee.
Hubungi saya
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin
0138214890
noorzamris@gmail.com
Ulasan