Langkau ke kandungan utama

Dah Makan Set Kurus Shaklee, Tapi Tetap Tak Kurus-kurus? Di Mana Silapnya?

Sejak akhir ni, saya selalu terima pertanyaan daripada pengguna-pengguna Set Kurus Shaklee yang mengeluh dan mengadu masalah yang mereka hadapi. Dan menyebabkan saya rasa terpanggil nak share something dengan semua tentang perkara ni.. Ramai di antara mereka, dan mungkin juga anda yang membaca ni, dah berhabis ratusan ringgit membeli Set Kurus Shaklee… Beli Set Kurus Optimum lagi, bukannya setakat Set Bajet. Kemudian, dah makan ikut saranan dan jadual yang pengedar berikan… Tapi, kecewa… dan terus kecewa… Berat tetap tak turun…Jarum penimbang masih lagi duduk di takuk yang sama. Badan tak kurus-kurus juga.. Malah, badan macam makin dipam-pam besarnya…



Stress kan?

Kenapa agaknya ye?

Di manakah silapnya?
Adakah silap Set Kurus Shaklee yang memang dah sedia kala kita tahu keberkesanannya? Ataupun salah diri kita sendiri, yang mungkin terlepas pandang beberapa perkara untuk berjaya dalam misi menguruskan badan?
Kali ni saya nak kongsikan 7 perkara yang nampak mudah, tapi sangat besar impaknya kepada kesan penurunan berat badan kita. Kepada yang dah ambil Set Kurus Shaklee, tapi berat tetap tak turun-turun, badan tetap tak kurus-kurus, sila semak semula 6 point penting ni ye. Supaya anda tahu apa punca diet anda dengan Set Slimming Shaklee kurang berjaya.

  • Elak Waktu Makan.
Ramai yang beranggapan, dengan ‘skip’ waktu makan adalah cara yang terbaik untuk cepat kurus. Namun, tahukah anda bahawa, jika kita biarkan perut kita kosong tanpa diisi apabila tiba waktu makan, ia akan membuatkan kadar metabolisme turun dan akan menggalakkan kita makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya? Inilah yang menyebabkan badan makin gemuk… Oh…sangat scary kan??

Jangan "skip' Waktu Makan
Jangan “skip’ Waktu Makan
Seeloknya, setiap kali tiba waktu makan, isilah perut kita dengan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Seperti contoh, jangan sekali-kali tinggalkan waktu breakfast. Isilah perut dengan sumber makanan yang membekalkan tenaga ke pada kita untuk memulakan hari dengan baik. Takdelah lemah je nanti kan? Saranan terbaik daripada saya, boleh ambil ESP Shaklee untuk sarapan pagi yang sangat berkhasiat untuk anda. Ingat ye, jangan sekali-kali biarkan perut kita kosong!

  • Malas Nak Bersenam


Malasnya nak bersenam!
Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam atau mengeluarkan peluh. Tahukah anda, bila kita mengeluarkan peluh, kita akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita. Jadi pembakaran lemak akan lebih cepat berlaku. Lebih mudah badan kita nak kurus. Sangat simple kan? Kalau takde masa nak pergi bersenam, amalkan senaman ringkas seperti parking kereta jauh sedikt daripada pejabat, dan jalanlah kaki. Sambil-sambil keluar peluh, boleh dapat kaki yang cantik tau! Tak pun naik tangga dan bukannya lif. Jadikan ianya MUDAH…barulah kita tak rasa tertekan bila buat. Dan kalau nak membantu badan kita untuk lebih cepat berpeluh, boleh amalkan minum Cinch Tea Mix setiap hari. Badan kita akan mudah berpeluh dan rasa ringan jek..

Cinch Tea Mix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.
Cinch Tea Mix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

  • Tak Nak Ambil Kalori
Setiap hari badan kita perlukan kalori. Jadi, mahu atau tidak, mesti ambil kalori. Cuma, jumlah pengambilannya perlulah bersesuaian. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) terlalu banyak dan tidak pula dibakar.

Pengambilan jumlah kalori yang bersesuaian ialah;

Lelaki ~ 2000-2500 kalori setiap hari
Wanita ~ 1600-2000 kalori setiap hari
Anda tahu tak kesan pengambilan kalori yang terlalu sedikit pada tubuh??
Kadar metabolisme tubuh anda akan turun secara mendadak. Malah ia boleh menyebabkan ANEMIA. Jadi, walaupun kita sedang dalam fasa menurunkan berat badan, kena ingat.. Tetap kena makan.. Tapi kawal kalori yang anda ambil.. Bukan tak makan langsung.. Kita nak kuruskan badan secara sihat kan?
  
Hanya Makan Buah dan Sayur




Perlukah sampai sebegini?
Ramai antara kita yang beranggapan, kalau makan nasi berat lagi cepat naik dan takkan turun. Dan kadang-kadang sanggup menahan lapar dan memberi seribu alasan bila diajak makan. Kita tidak perlu takut dengan sumber karbohidrat. Sebaliknya pilihlah makanan yang rendah karbohidrat seperti roti mil penuh. Ataupun boleh juga gantikan dengan pasta. Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi. Terdapat jugak ‘whole wheat’ pasta yang mengandungi serat yang tinggi. Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih sihat.
Dan… kalau nak lebih mudah, amalkan pengambilan Cinch Shake Shaklee dan boleh ditambah bersama ESP untuk ibu-ibu menyusu.

  • Suka Salad Mayonis

Tak dinafikan, salad yang dicampurkan dengan mayonis memang sedap. Tapi jikalau salad yang anda makan telah ditambah pelbagai perisa (tinggi kalori), ianya tak bermakna langsung. Gerenti berat badan anda takkan turun. Lebih baik ambil salad tanpa mayonis. Kan lebih sihat menunya… Ye tak?

nyum...nyum...nyum...


  •  Tak Minum Susu Langsung
Tahukah anda bahawa susu dapat membantu mengekalkan berat badan? Kajian mendapati pengambilan susu rendah lemak mampu membuatkan anda berasa kenyang. Ini disebabkan oleh kandungan protein yang ada padanya. Sekiranya anda nak elakkan rasa lapar pada waktu malam, minumlah segelas susu rendah lemak. Di mana kandungan lemaknya kira-kira 8 gram/gelas. Jadi rajin-rajinlah amalkan pengambilan susu rendah lemak ye.. Ingat…bukan susu pekat manis tau!
 
Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin
 
0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…