Bibir kering? Selalu tak terjadi pada anda terutama yang wanita? Bibir kering sering dikaitkan dengan kekurangan air. Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas juga biasa
dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering.
Tahukah anda pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir
mengelupas! Ini kerana bahan kimia yang terkandung dalam gincu kemungkinan tak sesuai dengan kulit kita. Saya misalnya amat memilih gincu, kerana dah beberapa kali beli gincu , bibir asyik kering walaupun dari pelbagai jenama yang murah sehingga yang mahal. Saya akui dulu saya kurang minum air, tapi sekarang..saya rajin minum air terutama air suam.Nak tahu kenapa? Sebab sekarang saya dah amalkan makan vitamin shaklee..hee..bila kita makan vitamin, kita disarankan minum air yang banyak sebab supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
Pengalaman saya, kalau banyak makan sayur, minum air yang cukup, at least 3 liter sehari, insha allah bibir kita tak akan kering. Kenapa saya kata sayur atau buah-buahan? Semua orang tahu sayur dan buah buahan mengandungi banyak vitamin E,C A dan antioksidan. Selain menyembuhkan bibir yang kering, ia juga boleh melembapkan bibir.
Ada beberapa petua untuk mengatasi masalah bibir pecah, antaranya:-
- Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah. Dulu saya selalu buat begini sebab saya tak perlu keluarkan kos sebab kat rumah mak dapat free..hihi
- jangan suka basahkan bibir dengan air liur kerana ia akan mengeringkan lagi bibir anda
- banyakkan makan sayur sayuran dan buah buahan
- memastikan kita minum air secukupnya (2L atau 8 gelas sehari sekiranya tidak mengambil supplement dan 3L sehari jika mengambil supplement).
- Menggunakan pelembab bibir yang mengandungi SPF 15 atau SPF 20 untuk melindungi bibir dari sinaran matahari.
- Mengambil vitamin Vitalea (with iron), B Complex, Vitamin C dan juga Vitamin E.
- Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
- Menjauhi rokok dan sebagainya.
- Mengurangkan pengambilan ubat-ubatan
Selamat mencuba!! Sekiranya anda ingin mencuba vitamin shaklee, hubungi saya :-) Saya sedia membantu..
Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin
0138214890
noorzamris@gmail.com
Ulasan