Langkau ke kandungan utama

Sebab Kenapa Haid Anda Lewat

Risau tak bila anda lewat datang haid? Perkara pertama yang anda fikirkan mesti pregnant. Tapi tahukah anda, ia merupakan salah satu sebab kenapa haid anda tidak datang. Berikut merupakan antara sebab kenapa haid anda lewat datang.

Tekanan
Tekanan mental boleh mempengaruhi hormon dan seterusnya memberhentikan haid anda. So, janganlah stress2 k.

Masalah Kesihatan
Penyakit seperti PCOS dan demam panas boleh memberikan tekanan fizikal dan seterusnya menganggu kedatangan haid anda

Kelebihan hormon prolaktin
Hormon prolaktin yang berlebihan dalam badan menghalang pengeluaran telur dan menyebabkan haid anda lewat

Menyusu badan
Sekiranya anda masih menyusukan anak, hormon dalam badan anda akan menganggu dan menyebabkan haid datang lewat

Masalah kelenjar tiroid
Hormon tiroid juga boleh melewatkan haid anda dimana anda akan rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak.

Perubatan
Anda mungkin makan ubat baru dalam tempoh ini dan merupakan punca haid anda tidak datang

Berat badan berlebihan
Berat badan yang berlebihan akan menganggu ketidakseimbangan hormon estrogen dalam badan. Turunkan berat badan dan haid anda akan kembali normal

Tersilap kira tarikh
Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza.Kitaran haid yang normal adalah antara 21-35 hari. Ramai wanita tidak boleh mengingati tarikh sebenar haid mereka.Pastikan anda mencatat tarikh haid anda..;-)

Pengambilan pil perancang
Mengambil pil perancang juga boleh menganggu perubahan hormon dalam badan anda. Sekiranya anda berhenti mengambil pil perancang, badan anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri sebelum ia menjadi stabil

Kehamilan
Tahniah! Anda lewat datang haid kerana hamil. Lakukan ujian kehamilan air kencing atau darah untuk menentukan sama ada anda hamil atau tidak

NOTA : Sekiranya anda telah membuat ujian kehamilan dan masih negatif, berjumpalah dengan doktor atau pakar sakit puan anda dengan kadar segera

Anda ingin hamil? 

Set Kesuburan Shaklee
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e59ba389761bfb7fd837d775b17314ca
Set Hamil
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e59ba389761bfb7fd837d775b17314ca
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin


 
0138214890
noorzamris@gmail.com



Ulasan

Noor Hasmah berkata…
Jom dapatkan Set Kesuburan anda hari ini. tak rugi membeli malah menang memakai..Inshaallah

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…