Langkau ke kandungan utama

Masalah Kulit Ketika Mengandung

Perasan tak kalau time mengandung, kita akan mengalami beberapa masalah kulit. Jom kita kongsi apa masalah kulit yang sering berlaku pada ibu mengandung dan tips serta panduan untuk menanganinya : 

Kulit kering dan gatal
Masalah ini berpunca daripada keadaan kulit yang meregang seiring dengan kandungan yang semakin membesar. Jika rasa gatal, elakkan menggaru dengan kuku, sebaiknya usap dengan kain lembut atau gunakan belakang tangan hingga hilang rasa gatal. Untuk mengekalkan kelembapan kulit, boleh lah sapu losyen atau gunakan Herbal Blend dari Shaklee yang 1001 kegunaan.

Wajah berminyak
Pastikan kita mencuci muka secara kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan pencuci muka yang digunakan tidak mengandungi sebarang alkohol atau pewangi.

Pigmentasi
Ramai yang mengalami keadaan sebegini tapi lazimnya ia akan hilang setelah bersalin. Untuk mengurangkan kesannya, bolehlah cuba gunakan krim pelindung ultraviolet terutama untuk mereka yang kerap berada di luar rumah atau bangunan walaupun dalam tempoh yang singkat.

Rekahan
Kawasan yang biasa berlaku rekahan adalah di bahagian payudara, perut, peha dan pinggul. Rajin melakukan urutan menggunakan minyak atau pelembap akan mebantu mengurangkan kesan rekahan yang dialami.

Urat simpul
Urat-urat halus di permukaan berlaku kerana tekanan yang berat pada urat darah akibat bebanan kandungan yang dibawa. Untuk mengatasinya, cuba elakkan berjalan atau berdiri secara berterusan untuk tempoh waktu yang lama. Semasa duduk, disarankan agar kaki tidak berada dalam keadaan tergantung.

 

Ulasan

Noor Hasmah berkata…
selain herbal blend, boleh gak cuba vitamin c shaklee..

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…