Langkau ke kandungan utama

Mengantuk Semasa Hamil

Assalamualaikum semua
Ada tak ibu2 hamil sekarang ni asyik mengantuk saja siang hari? Bila malam pula dah syok2 tidur, boleh pulak terbangun tengah malam dan alahai susahnya nak tido balik kan? huhu
Itulah yg terjadi pada saya. Dah sedap2 tido tetiba terbangun then boleh pulak fikir yang macam macam. 

Nak tahu tak apa yang menyebab kan mommy semua rasa ngantuk dan kadang-kadang susah nak tidur semula? Jom baca lagi sampai habis..

Masalah tidur semasa hamil adalah perkara biasa. Dalam trimester pertama, anda mungkin terkejut betapa kerap anda rasa ingin tidur.

Mengapakah tiba-tiba saya rasa hendak tidur?

Pada awal kehamilan, anda mula merasa sangat mengantuk pada waktu siang. Tahap hormon progesteron yang tinggi dalam badan menyebabkan anda rasa mengantuk secara tiba-tiba.

Progesteron boleh membuatkan kehidupan seharian di tempat kerja terasa seperti begitu memenatkan, seolah-olah anda sedang berlari dalam acara marathon. Anda juga mungkin rasa begitu letih sehingga anda menyangka anda hendak terkena demam selesema. Keadaan anda yang keletihan ini juga boleh membuatkan loya dan muntah-muntah yang berlaku pada awal kehamilan menjadi lebih teruk.

Malangnya, progesteron juga boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam dan menyebabkan anda rasa lebih letih pada waktu siang. Apa yang anda boleh lakukan ialah berehat sebanyak mungkin dan tidur sebentar bila-bila anda boleh. 
 
Mengamalkan makan vitamin B Complex semasa hamil juga boleh membantu mengurangkan masalah tekanan. Kandungan 8 jenis vitamin yang terdapat di dalamnya membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
Mengapakah sukar bagi saya untuk tidur dengan selesa semasa hamil?
Payudara anda yang membengkak mungkin membuatkan sukar bagi anda mendapatkan posisi tidur yang selesa, terutamanya jika anda biasa tidur meniarap.

Trimester pertama merupakan waktu yang terbaik untuk melatih diri anda tidur mengiring. Posisi ini dapat memperbaiki aliran darah dan nutrien kepada bayi dan uterus (rahim) anda. Berbaring dalam posisi ini juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair. Lebih cepat anda membiasakan diri tidur mengiring, lebih mudah untuk anda tidur dengan selesa apabila perut anda sudah memboyot nanti.

Mengapakah saya asyik rasa hendak membuang air kecil?

Uterus anda yang sedang membesar memberi tekanan kepada pundi kencing dan menyebabkan anda lebih kerap berlari ke tandas. Keadaan ini boleh mengganggu tidur anda. Anda mungkin dapat tidur lebih lena jika anda kurangkan minum pada waktu malam. Oleh itu, pastikan anda minum banyak air pada waktu siang kerana penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat.

Adakah kurang tidur akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Rasa mengantuk adalah perkara biasa semasa hamil dan ia tidak akan membahayakan bayi anda.

Dengarlah kata badan anda apabila ia memberitahu supaya anda mengurangkan aktiviti dan berehat. Jika anda tidur terlalu sedikit dalam awal kehamilan, anda mungkin berisiko lebih tinggi mengalami praeklampsia dan tekanan darah tinggi.

Terimalah hakikat bahawa tiga bulan pertama kehamilan anda akan jadi sangat meletihkan, oleh itu, berehat atau tidurlah sebentar bila-bila anda ada peluang..:-)
 
Nak dapatkan Set Hamil Shaklee? Klik sini..
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e59ba389761bfb7fd837d775b17314ca
Hubungi saya 
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin

 
0138214890
noorzamris@gmail.com
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…