Langkau ke kandungan utama

Sakit Punggung Ketika Hamil

Bagi ibu-ibu yang mengandung, sakit pinggang dan punggung merupakan perkara yang sering dialami. Keadaan ini juga dikenali sebagai radang sendi pinggul dan punggung atau dalam istilah inggeris disebut "sciatica", iaitu rasa ngilu dan sakit kerana saraf yang tersepit atau peradangan yang bermula di bahagian pinggang dan kemudian menjalar hingga ke pinggul dan punggung.

Biasanya ini berlaku pada ibu hamil berkerjaya yang kebanyakkannya masanya adalah dalam posisi duduk atau berdiri untuk satu jangka masa yang lama. Ia juga boleh terjadi akibat mengangkat barang yang berat ataupun kerana terlalu lama berjalan. AKtiviti-aktiviti inilah yang akan membuatkan otot dibahagian pinggul terasa tegang.

Lazimnya, rasa sakit dan ketegangan ini akan pulih setelah berehat dan mengurut lembut di bahagian yang sakit. Satu tips yang disarankan ialah cuba elakkan untuk duduk dengan menyilangkan kaki.
 
Tips atasi sakit belakang ketika hamil 
  • Pakai kasut yang selesa dan elakkan bertumit tinggi. Apabila kandungan membesar, imbangan badan berubah dan penggunaan kasut bertumit tinggi boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau terseliuh. Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara. Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai di rumah atau bersiar-siar.  
  • Mulakan program senaman ringan yang berterusan untuk meregang dan menguatkan otot yang menyokong tulang belakang, otot abdomen dan kaki. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai. Aktiviti berenang boleh menguatkan otot abdomen, belakang badan dan kaki serta mengurangkan tekanan ke atas sendi-sendi tulang. Senaman juga boleh mengawal penambahan berat badan yang keterlaluan ketika mengandung.
  • Pastikan posisi tidur malam adalah betul bagi mendapatkan rehat yang cukup. Posisi mengiring dengan kedua sendi lutut dibengkokkan sedikit dan letak bantal di antara lutut dapat memberi keselesaan ketika tidur. Untuk bangun dari katil, mengiring dan bengkokkan sedikit paha dan lutut. Gunakan tangan untuk menolak badan anda bangun dari katil. Mandi atau berendam dalam air panas suam juga boleh mengurangkan sakit belakang.
  • Elakkan mengangkat barang berat dengan postur yang salah. Jika perlu mengangkat barang, pastikan anda membengkokkan kedua lutut dan jangan bengkokkan badan. Jika perlu menyidai baju, letakkan bakul di atas kerusi supaya anda tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil baju dalam bakul untuk disidai. 
  • Pengambilan vitamin yang sesuai juga penting semasa kehamilan Ada antara vitamin yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit anda. Antaranya Ostematrix yang terkenal dengan kandungan kalsiumnya dan B Complex yang boleh membantu mengurangkan tekanan ibu mengandung.

  • Hubungi saya 
    Shaklee Independent DIstributor
    SID :1104421
    Noor Hasmah Jamaludin


     
    0138214890
    noorzamris@gmail.com





    Ulasan

    Nabihah berkata…
    follow blog bihah balik http://inibelognabihah.blogspot.com dan like facebook page bihah

    Catatan popular daripada blog ini

    Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

    Assalamualaikum

    Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

    Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
    Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

    Sakit Badan Selepas Bersalin

    GLA OH GLA

    Assalamualaikum semua
    Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
    Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
    Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
    Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
    GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…