Langkau ke kandungan utama

Kenapa Bayi Besar Kalau Kencing Manis Ketika Mengandung?

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya pergi jumpa Pegawai Zat Makanan kat Klinik Kesihatan. Temujanji pukul 8 pagi tapi sessi bermula pada pukul 8.30 macam tu la. Tak lah lama mana sessi tu, mulanya bingung jugak kalau ambik masa sampai tengah hari.. Alhamdulillah rupanya tak sampai 1 jam..Pegawai tu memang best masa bagi ceramah. Selamba ja muka, tapi apa yang best..kata2 nya memang padat dan berisi. .bukan sekadar cakap2 kat depan. Untuk pengetahuan ini kali pertama saya jumpa Pegawai Zat Makanan sejak anak saya yang kedua dilahirkan. Ini anak yang ke-5, baru saya jumpa lagi..Doktor kat Klinik Kesihatan Ibu Anak yang syorkan saya dgr ceramah kat sini mungkin dia tengok bacaan gula saya tak berapa cantik..hehe..Sebenarnya pemakanan kita dapat dikawal cuma terpulang pada diri masing2 macam mana nak mengawalnya. Sepanjang kehamilan ni, saya memang tak kawal sangat pemakanan saya walaupun disahkan kencing manis semasa mengandung. Saya makan macam biasa..tapi saya perasan saya tak dapat habiskan nasi penuh macam sebelum ni. Kalau makan saya akan cepat rasa kenyang dan kadang2 makanan saya tak dapat dihabiskan. Masa pergi check baru2 ni, berat badan saya turun 2kg. Nurse tanya takde selera makan ke? Saya jawab selera makan ok..mungkin kesihatan yang tak memuaskan menyebabkan saya makan dalam kuantiti yang sedikit.

Tahu tak kenapa doktor amat mengambil berat sekiranya kita mengandung dan disahkan kencing manis? Sebab ada kesan nya pada anak yang dikandung dan ibu itu sendiri. Kesan utk bayi yang kita kandung, mereka memperolehi makanan dari tali pusat ibu..bila kita makan makanan yang manis, gula kita akan lebih banyak diambil oleh anak kita. Bila kita dah melahirkan anak, tali pusat yang selama 9 bulan memberi makanan kpd anak kita akan dipotong..ini akan menyebabkan gula anak kita akan turun secara mendadak ataupun hypo. Kekurangan gula ini akan menyebabkan masalah pada anak yang kita kandung. Bayi kemungkinan akan mengalami masalah kesihatan kerana kekurangan gula.Sebab itulah ibu yang mengandung disarankan makan 6 kali sehari tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kerap tapi sedikit. Kesan untuk ibu pula, sekiranya gula kita terlebih ini akan menyebabkan bayi kita membesar dan kemungkinan ibu untuk dibedah adalah lebih tinggi. Sedangkan doktor seboleh-bolehnya mahu ibu bersalin secara normal kerana kelahiran normal lebih banyak kebaikan kepada anak dan ibu berbanding kelahiran secara pembedahan.
 
 Lepas jumpa Pegawai Zat Makanan baru saya tahu kita tak digalakkan makan roti bantal begitu saja sebaiknya bila makan hendaklah disapu marjerin atau buat roti telur. Ini kerana bila kita makan begitu saja, kandungan gula kita akan lebih tinggi. Antara epal hijau dan merah pula, kandungan gula adalah sama tapi epal hijau lebih lambat kadar serapan gulanya berbanding epal merah. Kita juga tidak digalakkan makan buah ketika lapar kerana ia akan menyebabkan kita makan lebih banyak semasa masa makan sebenar.

Banyak juga pengetahuan yang saya dapat semasa sesi hari ini. Sekiranya anda ibu hamil yang disahkan kencing manis semasa kehamilan ini, jangan terlalu stress sebab anda mampu mengawalnya..;-) Sampai berjumpa lagi...

Dapatkan Set Kencing Manis khas untuk ibu mengandung..terdiri dari ESP, Vitalea dan B Complex..
 

Berminat dengan produk shaklee? Boleh lah hubungi saya
 

Shaklee Independent Distributor

SID :1104421

Noor Hasmah Jamaludin


 

0138214890


noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…