Langkau ke kandungan utama

Muka Cantik Tapi...



 “Eh sayang betul. Muka hensem tapi badan berbau!"

“Kenal tak si S? Badan dia teruk betul baunya!"

Cuba bayangkan pada hari persandingan anda nanti dimana anda adalah tumpuan semua tetamu yang hadir dan ada pula yang mula cakap-cakap belakang tentang bau badan anda. Mesti malu bukan? Rasa kalau boleh nak masuk kepala dalam beg. Pernah tak anda terfikir kenapa badan anda berbau?

Mana datang bau badan ini sebenarnya?

Kali ini saya nak berkongsi dengan anda bagaimana terjadinya bau badan. Bau badan? Sebenarnya bau badan datang dari dua kelenjar yang bertugas untuk menghasilkan peluh, iaitu Eccrine dan Apocrine. Terma sains yang digunakan ini mungkin agak susah untuk difahami, jadi saya mudahkan pemahaman anda iaitu Eccrine yang bertanggungjawab terhadap proses peluh yang mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Yang tujuan utama untuk mengawal suhu badan selain daripada membuang bahan buangan badan. Eccrine pada dasar sifatnya tulen dan jernih seperti air, tidak menghasilkan bau.
Manakala untuk kelenjar Apocrine, cecair yang dikeluarkan lebih likat dan keruh. Selalunya kelenjar peluh Apocrine terdapat pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut. Seperti ketiak, serta tempat sulit seperti kemaluan. Di sini terdapat terma sains digunakan. Untuk memudahkan lagi pembaca, protein yang pecah masuk ke dalam peluh oleh bakteria, boleh menyebabkan ketiak, kaki, badan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Pencernaan
Proses pencernaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan bahan buangan terkumpul dan seterusnya menyebabkan bau badan. Selalunya segala makanan yang diambil akan bertukar menjadi sisa buangan atau toksin. Tetapi oleh kerana sistem pembuangan tidak betul, toksin yang sepatutnya keluar bertukar untuk terus kekal di dalam badan.

Pemakanan
Individu yang dikenalpasti banyak makan daging, telur, ikan dan kacang/kekacang menyumbang untuk mendapat bau badan yang busuk. Ini kerana makanan ini mengandungi banyak Choline (tidak mudah melalui proses metabolism). Tahukah anda kopi dan minuman berkafein dan makanan berempah juga menyumbang bau badan? Makanan berempah mempunyai bawang putih memberi bau pada badan terutama di pelipatan seperti ketiak.

Penyakit
Dinasihatkan juga pada anda yang merasakan badan anda berbau, walaupun dah pelbagai wangian anda cuba. Mandi pula selang sejam, tetapi masih berbau. Baik anda dapatkan rawatan dari doktor supaya ia tidak memudaratkan. Bimbang kerana bau badan juga boleh datang dari penyakit. Seperti masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), kencing manis, dan toroid. Jangan ambil mudah ya?


Dah tahu antara penyebab kenapa badan anda berbau? Dinasihatkan kepada anda supaya tidak mengambil mudah. Siapa mahu jika bakal suami atau isterinya mempunyai bau badan yang kronik? Kan? Tambahan pula, pada hari majlis nanti, semua orang nak bergambar dengan anda. Problemlah kalau semua kena tahan nafas ketika bergambar!

Saya juga nak syorkan Set Shaklee untuk buang bau badan. Apa kata amalkan Alfalfa dan Garlic Shaklee. Bonus yang anda dapat mulut pun tak busuk!!

Jom sihat, bersih dan cantik!

Luv, 

noor hasmah
sid 1104421
0138214890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…