Langkau ke kandungan utama

KEBAIKAN TAUGE

Assalamualaikum semua

Semoga hari ini mendatangkan rezeki yang melimpah buat kita semua

Sapa tak suka tauge angkat tangan? Selalunya org yg tak suka tauge suka makan sayur tapi ada juga yang suka sayuran lain tapi tak suka makan tauge.Pelik kan?
Sebenarnya tauge ni banyak khasiatnya.Mari kita bongkar apa khasiat tauge.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge dikalangan kaum lelaki mampu membuatkan spema yang dihasilkan oleh golongan ini semakin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Tauge tinggi Vitamin E dan antioksida, ia terbukti mampu melindungi membran sperma dari kerosakan. Rosak DNA merupakan salah satu penyebab ketidaksuburan. Vitamin E bagus untuk kesuburan serta bermanfaat untuk melindungi sel-sel telur dari menjadi stress.

KHASIAT LAIN TAUGE:

*Tauge juga dapat melambatkan proses penuaan kerana antioksidan nya yang kuat dan padat dapat melindungi tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Perlindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat buat anda menjadi lebih muda.
*Mencegah Anemia

*Menyihatkan sistem pencernaan kerana tauge dikatakan dapat membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana ia mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ini akan mencegah pebgumpulan bahan beracun yang meransang berseminya benih kanser

*Selain itu pengambilan tauge dikalangan wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra menopaus dan gangguan akibat menopaus.

*Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis dimana estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kerapuhan (osteoporosis)

 Jadi dah baca apa khasiat tauge kan? Lepas ni berikanlah kasih sayang pada tauge kerana banyak khasiatnya yang anda akan dapat kalau suka makan sayur tauge.

Untuk mereka yang merancang menambah zuriat atau ada masalah kesuburan, tauge amat disyorkan.

Selamat menikmati -TAUGE-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…