Assalamualaikum
Bila kita sudah ada rasa sakit nak bersalin, tentu tak tentu arah rasanya kan? Pusing kanan pusing kiri, baring salah, duduk pun salah..
Bila sakit kontraksi sudah menyerang, memang tak senang
duduk dibuatnya. Hendak makan dan minum pun rasa tak lalu. Tapi ibu jangan lupa, makan dan minum penting untuk ibu bagi dapatkan sedikit tenaga. Selepas melahirkan bayi, ibu pasti akan terlalu penat dan letih. Jika
tidak cukup bekalan makanan, ibu boleh diserang masalah 'angin' dan
muntah beberapa jam selepas melahirkan bayi.
Kebanyakan ibu hamil berasa cepat lapar dan dahaga terutama di
peringkat awal sakit bersalin. Jadi, jangan risau untuk makan sedikit
snek kerana ia tidak akan membahayakan anda dan bayi. Sebenarnya ketika
sedang bergelut dengan sakit kontraksi di bilik bersalin, ibu boleh
mengunyah beberapa snek sihat atau minum sedikit air untuk memberikan
kelegaan dan mengurangkan kesakitan. Tapi saya tak pernah cuba, sebab tak sabar nak lahirkan baby sebenarnya lebih mengatasi segalanya..hehe
Nak tahu tak apa jenis makanan yang boleh dimakan ketika ibu sakit di bilik bersalin?
Walaupun dibenarkan makan ketika sakit kontraksi, tetapi bukan bermakna
ibu boleh makan semua jenis makanan seperti ayam goreng, rojak, nasi ayam, piza dan makanan berat lain. Perlu diingat makanan
yang tinggi kandungan lemak boleh membuatkan perut terasa bertambah
berat seterusnya ibu boleh cepat lelah dan lesu. Sementara makanan
tinggi gula pula mudah dimakan dan memberikan tenaga pantas, tetapi
tenaga tersebut segera hilang dan ia membuatkan anda cepat merasa letih.
Makanan berkarbohidrat pula bagus dimakan ketika hendak bersalin kerana
ia mudah dihadam dan memberikan tenaga secara perlahan. Ini membantu
anda melalui proses bersalin yang sangat meletihkan dan memerlukan
banyak tenaga.
Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang disarankan untuk ibu ketika hendak bersalin
1. Kurma
2. Sandwic
3. Bijirin
4. Capati, roti nan atau roti bakar
5. Yogurt
6. Sup
7. Biskut kosong atau kraker
8. Pasta
Makanlah dalam kuantiti sedikit tetapi kerap berbanding makan terus dalam
kuantiti yang banyak. Makanan ini mengambil masa untuk hadam ketika
bersalin, kerana peredaran darah tertumpu di rahim ibu berbanding perut.
Ia menyebabkan anda berisiko untuk muntah jika makan dalam kuantiti
yang banyak.
Sedikit snek dalam setiap sejam ketika anda dalam peringkat awal
kelahiran akan membantu menyimpan banyak tenaga bagi kegunaan ketika
hendak melahirkan bayi kelak.
Amalkan minum Esp Shaklee semasa mengandung untuk tenaga anda seharian.
Kepada bakal ibu yang pertama kali melalui pengalaman ini, saya doakan semoga berjaya dan ANDA BOLEH!!
Lepas ni, boleh lah guna Set Berpantang Shaklee pulak!
Saya jual SHAKLEE
Noor Hasmah
0138214890
Ulasan