Langkau ke kandungan utama

KEPENTINGAN AIR SUAM BUAT KITA



 KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH/SUAM/MINERAL

Kenapa air suam penting pada kita? Berikut adalah antara sebabnya :-
 
1. Menguruskan badan
Berita gembira buat wanita yang tengah berdiet!! Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih juga dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih 8 gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan kita dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan lebih teratur.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Kecantikan
Wah! Dengar ja cantik mesti wanita excited kan? Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Menjadikan tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

air-kosong-mineral-suam
  • Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
  • Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.
  • Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.
  • “Sampah” utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.
  • Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga boleh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.

Minum air dengan secukupnya dan jangan berlebihan pula!

**Untuk setiap orang yang baru memulakan makan supplemen amat digalakkan untuk minum air suam sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

 Nak dapatkan produk shaklee kat kawasan anda, boleh hubungi saya

Noor Hasmah
0138214890

#Kuching/Petrajaya/Matangjaya/Demak/Taman Sukma dan kawasan sekitarnya




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…