Langkau ke kandungan utama

KENALI VERTIGO DAN GEJALA SERTA RAWATAN NYA

Assalamualaikum semua


Cuba check kat diri masing-masing ada tak mengalami simptom seperti kat bawah?
Baru hari ini dengar perkataan Vertigo..so tanya en google dan inilah serba sedikit penerangan ringkasnya.
Vertigo adalah keadaan dimana seseorang itu merasakan dirinya atau sekelilingnya berputar.
Antara gejala yang dihadapi oleh mereka yang mengalami vertigo ialah : 
  • rasa berputar ketika berbaring atau berdiri
  • mual dan muntah
  • telinga berdengung
  • sensitif terhadap cahaya atau bunyi bising
  • pandangan menjadi gelap
  • sakit kepala yang keterlaluan
  • cepat berasa letih
  • daya ingatan makin menurun
  • benda yang dilihat berubah menjadi berganda
Tahukah anda apakah penyebabnya?
Pening berpusing biasanya terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan badan. Ia juga dikenali sebagai gejala vertigo. Gejala vertigo menyebabkan anda berasa berpusing atau bergoyang. Biasanya anda ada merasakan ruang sekeliling anda turut serta berpusing. Perasaan ini akan berlaku dalam tempoh beberapa minit dan boleh berlarutan sehingga berhari-hari. Sesetengah orang yang mengalami gejala ini akan berasa mual, loya dan muntah, disertai sakit kepala, penglihatan berpinar dan bertindih, badan menjadi lemah, berpeluh dan jantung berdenyut lebih cepat.

Punca vertigo yang sering terjadi adalah disebabkan oleh masalah telinga. Gangguan keseimbangan berlaku kerana pemendapan atau pembentukan kalsium di saluran semisirkular, jangkitan atau keradangan tertentu. Ia menyebabkan masalah di bahagian telinga dan sistem saraf yang berkait rapat dengan sistem vestibular. Tiga punca masalah telinga yang biasa terjadinya vertigo adalah radang urat saraf, benign paroxysmal prstional vertigo (BPPV) dan penyakit Meniere.

Vertigo yang disebabkan oleh BPPV disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga. Ia terjadi dalam beberapa minit sahaja kerana pergerakan kepala. Manakala penyakit Meniere disebabkan oleh pembentukan cecair dalam koklea telinga. Ia sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan vertigo, kehilangan bunyi dan pendengaran, dan bunyi dalam telinga. Ia akan terjadi dalam beberapa minit dan berlanjutan ke beberapa jam mengikut keadaan. Radang urat saraf pula disebabkan virus yang menyebabkan keradangan di sekeliling saraf. Anda akan menjadi loya, muntah dan kesukaran untuk berdiri atau berjalan. 

Vertigo juga boleh terjadi akibat pengambilan ubat-ubatan, migrain, strok, pendarahan dalam otak dan mereka yang pernah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kecederaan kepala,trauma atau selepas melakukan pembedahan di kepala.
Bagi warga emas pula, antara punca vertigo ialah gegendang pecah atau berlubang sebab gegendang dah kurang kenyal, nipis dan mudah nak pecah. 

Bagaimana Shaklee boleh membantu? 

Saya lebih suka mengesyorkan ViViX kerana jika pesakitnya sudah berusia mesti dia tak suka nak telan banyak pil kan? Tentu lebih suka pada cecair yang mudah untuk terus diminum. 

  Vivix  - mengandungi antioksidan yang tinggi untuk kesihatan.

   Selain Vivix, antara supplemen lain yang disyorkan ialah :  

   B Complex - Untuk peredaran darah dan fungsi sistem saraf pusat

   Vita Lea - mengimbangi vitamin dan mineral

   Vita C/Vitamin E - mempertingkatkan peredaran darah

   Lecithin - diperlukan dalam fungsi saraf dan fungsi otak

   Ostematrix - membantu peredaran darah (denyutan jantung)

   Garlic - membekalkan lebih oksigen ke otak

  Nah! belanja testimoni satu. Ambil vivix untuk maknya yang ada vertigo dan alhamdulillah ok 


Usah biarkan VERTIGO menghantui anda!!

Cegah sebelum berlarutan.

 

013.821.4890 

Bulan ini ada promosi VIVIX tau, beli 2 dan dapat less 5%

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=019cdb6d10ea8a839ece9125c4d4b6cd

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang!
Apa yang perlu dibuat?
*Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital
Apa yang pihak hospital akan lakukan?

X-ray dada (chest) dan abdomen (perut)
x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut.
Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar
X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat.
Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar.
Sekiranya anak anda mengalami simptom :
-batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan.
Sekiranya anak anda mengalami simptom:
-muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdarah -demam
Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur penghadaman sama ada di Esophagus ataupu…