Langkau ke kandungan utama

Panduan Ibu Hamil - Menjelang Kelahiran



 


Ebook PANDUAN IBU HAMIL – AKU SUDAH MENJADI ibu menarik perhatian saya. Dalam ebook tersebut menjelaskan bagaimana proses kelahiran itu berlaku dan tanda –tanda yang bakal kita lalui.

Setelah 9 bulan berada dalam kandungan hari itu pasti datang. Setelah 9 bulan kita membawa perut , kita mesti teruja untuk bertemu dengan anak yang telah kita kandung hasil dari perkongsian kita dan suami. Apatah lagi jika itu adalah anak sulung kita.

Bermula dengan rasa sakit di bahagian rahim serta bahagian atas ari-ari, kesakitan dari perlahan sehinggalah kesakitan yang yang cepat dan tidak terduga. Keluar air ketuban, cairan bercampur darah di mana tidak semua orang mengalaminya.

Fasa melahirkan juga ada yang cepat dan ada yang lambat. Selalunya untuk anak pertama, masa juga panjang antara 8 ke 12 jam. Dan ia akan berkurang pada anak ke dua dan seterusnya dimana ia akan mengambil masa yang lebih singkat.

Yang penting kita mesti mengikut arahan doktor atau bidan yang bertugas agar tidak menimbulkan sebarang masalah. Mereka biasanya tahu bila waktu perlu untuk meneran atau tidak. Apabila kita meneran salah pada waktunya, berkemungkinan kawasan perenium kita akan tercedera dan koyak teruk. Sebab itu ia perlu dijahit bagi memastikan kawasan tersebut teratur dan Nampak lebih cantik. Selepas mengeluarkan bayi, bayi akan dibersihkan dan akan diberi kepada ibu. Beberapa minit kemudian kebiasaan nya doktor akan menekan kembali bahagian perut ibu untuk mengeluarkan plasenta. Setelah diperiksa semula doktor akan menjahit bahagian tersebut sekiranya perlu.

Setelah selesai semuanya kita akan dihantar ke wad biasa. Oh aku sudah menjadi ibu. Selamat datang anak ku.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum

Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang.Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina.
Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholyn cyst sebenarnya …

Sakit Badan Selepas Bersalin

GLA OH GLA

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..kali ini nak cerita lagi pasal GLA COMPLEX SHAKLEE
Entry saya sebelum ni asyik berkira-kira nak beli gla utk diri sendiri sebab takut pregnant kan? Huhu..Beli jugak lah saya gla complex hari tu..dah timbang dan baca saya beli sebab nak kurus..sebab nak cantik kan kulit..haa..sekali..belum habis pun sebotol..tetiba saya pregnant lagi..Bukan sekarang ya..throwback jer kenangan lalu..
Testimoni saya sendiri lah kiranya ni..kalau diikutkan saya memang boleh dikategorikan sebagai seorang yang subur. Alhamdulillah..banyak orang berusaha untuk dapat anak dengan pelbagai cara tapi saya tak menghadapi sebarang masalah dalam hal ini..mungkin pendapat sesetengah orang..kalau kita tak kaya duit kita mungkin kaya pada anak. Anak-anak juga adalah rezeki buat kita..in shaa allah
Bagaimana GLA Complex membantu untuk hamil?
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seor…