Langkau ke kandungan utama

Pengalaman MRI

salam semua

hari ni nak share prosedur MRI yang saya buat minggu lepas

Takut, seram sejuk, sakit perut semua ada..haha

Appointment saya jam 8.00 pagi tapi saya datang kat Makmal jam 8.30 pagi macam tu lah..cuak juga takut akhir atau apa kan

Sampai kat makmal saya terus g kaunter dan serahkan borang MRI, petugas kat kaunter cakap tak perlu ambik no giliran tunggu nama dipanggil. Ok. Tak sampai 5 minit nama saya pun dipanggil dan dibawa ke sebuah bilik MRI. Hanya saya sorang patient yang akan di MRI pagi ini rasanya. Saya disuruh menukar pakaian khas mcm pakaian kita nak g bersalin tu..


Lepas tukar baju saya disuruh masuk ke sebuah bilik yang didalamnya terdapat sebuah katil yang bersambung dengan mesin. Nampak macam terowong pun ada. Hati memang dap dup..memang benar lah apa yang kawan saya kata, rasa macam berada dlm alam lain..huhu

ok, prosedur bermula..layan dah..tup tup..lampu terpadam..lepas tu seseorang tepuk kaki saya..saya ingat itu prosedur biasa rupa rupanya black out

saya disuruh keluar dari bilik..rasanya dalam 1/2 jam jugak menunggu kat keluar bilik

Tak lama selepas tu pegawai perubatan tu jumpa saya dan kata dah boleh masuk dalam balik. degupan jantung makin kencang..doa dalam hati agar prosedur lepas ni akan lancar dan dipermudahkan

Kat dalam terowong tu, macam macam bunyi ada. patut lah awal-awal masuk kita dah dibagi penutup telinga dan ala ala headphone..bunyi mcm tukul pun ada. saya perasan saya kuat berpeluh.. makin lama makin panas..memang rasa dalam sauna..dan saya perasan saya juga sukar nak bernafas

lebih kurang dalam 1 jam macam tu, katil saya ditarik menandakan prosedur MRI telah selesai.. Alhamdulillah

Saya diberitahu bahawa result akan dihantar ke klinik orthopedic dan saya akan ketahui apa keputusannya bulan Jun nanti. Semoga yang baik baik saja


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am