Puasa bukanlah sesuatu yang membebankan sebaliknya ia mengajar kita banyak perkara. Bukan setakat puasa makanan tapi puasa dari menahan diri dari melakukan perkara yang tidak berfaedah. Puasa juga mengajar kita erti bersabar.
Setelah letih seharian berpuasa, dah tentu kita nak menghadapi saat saat berbuka dengan tenang. Tapi,saya rasa pasti semua dah lalui kalau time berbuka mesti kelam kabut nak sediakan itu ini. Tau tak apa yang patut kita buat time nak berbuka?
Kita digalakkan membanyakkan doa ketika hendak berbuka. Sesungguhnya bagi org yang berpuasa ketika saat berbuka adalah doa org yang tidak ditolak.
Jadi banyak banyakkan lah berdoa ketika nak berbuka. Apa lagi sunah ketika nak berbuka? Baca kat bawah ni;
Okay, itu sebelum berbuka..hihi..apa patut kita makan untuk berbuka?
Selepas niat berbuka puasa, mulakanlah dengan karbohidrat ringkas
seperti segelas minuman manis dan beberapa biji kurma. Bagi mereka yang
sedang dalam proses membina badan, atau dalam proses menurunkan berat
badan, tetapi hendak memelihara otot sebanyak yang mungkin, bolehlah ambil satu hidangan protein bersama beberapa biji kurma (atau
buah-buahan lain seperti pisang atau betik). Smooties pun sedap
Paling penting elakkan makan makanan yang berat terus kerana pada ketika
ini badan kita berada pada fasa yang dikenali sebagai “Insulin Spike“,
memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah
rendah sebab berpuasa. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan
dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi
glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh
kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan
kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh
badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan; ini akan mengakibatkan
anda makan secara berlebihan kelak.
Beri masa kepada perut untuk ‘warm up‘, dan gunakan tempoh transisi
yang ada untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum
mencernakan sesuatu yang lebih berat, terutamanya makanan berminyak.
Jangan dilupa juga 2-3 gelas air masak (atau air manis, jika kurma tidak
diambil) untuk memastikan sel di dalam badan dihidratkan semula.
Inilah tips untuk berbuka puasa yang sihat. Jangan pula terus makan makanan yang berat okay. Nanti lepas makan tak larat pula..
Lupa pulak iolls, kalau nak beli produk shaklee, boleh lah hubungi saya
noor hasmah
www.wasap.my/6013-821-4890
#CVGProBlogger
Lupa pulak iolls, kalau nak beli produk shaklee, boleh lah hubungi saya
noor hasmah
www.wasap.my/6013-821-4890
#CVGProBlogger
Ulasan