Langkau ke kandungan utama

Masalah Kencing Manis

Assalamualaikum semua pengunjung-pengunjung blog yang ku kasihi.

Hari ini saya nak kongsi tentang Pradiabetes. Apa itu Pradiabetes??
Pradiabetes adalah suatu keadaan klinikal di mana paras glukosa (gula) darah adalah lebih tinggi dari biasa tetapi masih tidak cukup tinggi untuk di klasifikasi sebagai Diabetes Jenis 2.

Apakah bahaya mempunyai Pradiabetes?
Pelunjuran kepada Diabetes Jenis 2: Ini adalah akibat yang paling biasa tentang Pradiabetes. Orang pradiabetik yang tidak dirawat dikatakan kira-kira 4-8 kali lebih berkemungkinan untuk terkena Diabetes Jenis 2 berbanding dengan mereka yang tiada Pradiabetes.

Penyakit jantung dan strok:Orang yang mempunyai Pradiabetes juga lebih cenderung kepada penyakit jantung dan strok

Mempunyai keadaan yang biasanya dikaitkan dengan Diabetes Jenis 2: Ini termasuklah tekanan darah tinggi, tahap lemak darah (kolestrol) yang tak normal, obesiti atau berat badan berlebihan. Keadaan dimana adanya tekanan darah tinggi, tahap kolestrol darah yang tidak normal, berat badan berlebihan atau obesiti yang menjadikan pesakit lebih cenderung untuk terkena penyakit jantung dan strok dan kompilasi2 lain yang serius.

Apakah gejala Pradiabetes?
Biasanya seseorang yang ada Pradiabetes berasa sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala yang berkaitan dengan keadaan tersebut.

Oleh kerana berat badan berlebihan dan obesiti berkait rapat dengan Diabetes Jenis 2 anda juga mungkin menyedari bahwa anda telah bertambah berat terutama di bahagian pinggang anda.

Jarang kali, anda mungkin sedar adanya bahagian kulit berwarna gelap di belakang leher anda, di ketiak atau siku, lutut dan tulang ketuk jari. Keadaan ini menunjukkan bahawa badan anda mempunyai rintangan terhadap tindakan insulin (hormon yang mengawal paras gula dalam darah anda), menyebabkan tahap gula dalam darah anda meningkat. Ia biasa terjadi di kalangan wanita melayu dan india.


Siapa Yang Berisiko Menghidapi Diabetes?

  • Sejarah keluarga positif bagi Diabetes Jenis 2 (terutama ibu bapa anda, adik beradik)
  • Mempunyai berat badan berlebihan
  • Tidak aktif secara fizikal semasa bekerja atau jarang bersenam
  • Mempunyai tekanan darah yang tinggi (lebih dari 140/90 mmHg)
  • Mempunyai tahap lemak darah yang tidak normal (iaitu HDL kolestrol "baik"kurang dari 1.0 mmol/L (lelaki) atau kurang dari 1.3 mmol/L (wanita) atau trigliserida (TG) melebihi 1.7 mmol/L
  • Pernah didiagnos dengan Diabetes semasa mengandung atau melahirkan bayi yang besar (lebih dari 4.0kg) dalam kehamilan sebe;umnya
  • Umur 30 tahun atau lebih
  • Tidur yang tidak mencukupi (kurang dari 5.5 jam setiap malam)
Bagaimana Saya Perlu Menjaga Diri Sendiri

 Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda boleh membawa tahap gula dalam darah anda kembali normal atau sekurang kurangnya mengelakkan ianya menjadi semakin meningkat ke arah orang2 yang menghidap Diabetes Jenis 2.

-amalkan diet yang seimbang
-lebihkan aktivit fizikal
-kurangkan berat badan yang berlebihan
-Mengambil ubat-ubatan seperti yang diperlukan
-Dapatkan tidur malam yang selesa

Katakan TIDAK kepada DIABETES

Vitamin Shaklee Yang Disyorkan

VIVIX -Minuman campuran botani yang kaya dengan polifenol yang mengandungi khasiat anti oksidan dan sel anti penuaan. Menyokong kesihatan jantung , otak, sistem imun dan sendi.

ALFALFA COMPLEX -mengurangkan toksin, menyingkirkan lemak, melegakan rasa kebas dan sakit sendi

GLA COMPLEX - Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

ZINC COMPLEX - Memperbaiki diabetes, mempercepatkan pemulihan luka

VITA LEA - Membekalkan tenaga

VITAMIN C - Antioksidan semulajadi

ESP - Protein bukan GMO yang lengkap dengan semua Asid AMino, mengekalkan tahap kolestrol, membekal tenaga





Hubungi saya 
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin



0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...