Jom kita tengok apa senaman yang sesuai mengikut bentuk badan kita..jommm
Yang mana satu bentuk badan anda? Dah dapat bentuk badan, apa lagi?? Mari kita bersenam.
Bentuk tubuh Epal
Memiliki kaki yg panjang dan jinjang, memiliki lemak pada bahagian tubuh
dan menyebabkan kita kelihatan gemuk. Kiranya kategori ni yg jenis
badan besar tapi kaki kecik. Dan selalunya bentuk gini memang obvious
sangat. Nampak besar di bahagian atas sahaja.
Bagi kita yg dalam kategori ni, kita kena melakukan latihan kardio
untuk membakar lemak terutamanya pergerakan pada bahagian perut ke
bawah. Jangan sesekali menambah bebanan pada bahagian atas badan sebab
ini akan menambahkan lagi berat badan kita.
Bentuk tubuh Pear
Mempunyai lebihan lemak yg terkumpul pada bahagian peha dan punggung.
Senaman terbaik dengan mengamalkan latihan olahraga dengan kerap untuk
meningkatkan kadar metabolisme. Digalakkan untuk melakukan senaman yg
menggunakan lebih tenaga otot kaki. Baru la bahagian peha dan punggung
boleh dikecilkan.
Bentuk tubuh Jam Pasir
Berpinggang ramping, tetapi lemak mudah terjadi di merata-rata tempat
kalau tak dijaga. Orang yg badannya seperti ni perlu melakukan olahraga
lari dan latihan kardio. Bagi jangka masa panjang, pastikan olahraga yg
dilakukan membuatkan seluruh tubuh bergerak.
Bentuk tubuh Lurus
Bentuk tubuh lurus atau rectangle ni seperti tabung biasanya mengalami
kegemukan di kawasan perut. Sebab tu adalah digalakkan untuk melakukan
pelbagai jenis olahraga yg berbeza untuk setiap posisi tubuh kita.
Cantik ni kan subjektif. Terpulang la kepada mata yg memandang.Ada yang suka bentuk epal, ada yang suka bentuk pear, yang paling penting kita sihat tak kira walau bagaimana bentuk badan kita.
Tepuk dada tanya diri sendiri. Yg penting sihat. Apa guna badan cantik tapi kita sendiri tak sihat.
Ulasan