Langkau ke kandungan utama

Sukar Nak Turun Berat Badan

Mesti ramai yg mengeluh walau dah buat senaman secara konsisten, menjaga makan dan pengambilan kalori, ambil suplemen tapi berat badan tak jugak turun2. Ada yg dapat tengok kawan yg amalkan benda yg sama tapi dapat turunkan berat badan. Cuma kita je yg tak turun2 berat badannya. Kenapa sebenarnya? Apa masalahnya ye??



Mari kita bincang kenapa badan kita susah sangat nak turun berat badan walaupun pelbagai cara dah dilakukan.

  • Badan kita kaya dengan toksin. Toksin disimpan dalam sel lemak dan badan akan memberi isyarat untuk menjaga toksin dalam sel lemak daripada turun ke sel darah yg akan menyebabkan kesan yg lebih buruk kepada badan. Nak dimudahkan cerita, pengambilan suplemen tak membantu disebabkan sebelum kita ambil suplemen tu kita tak detoks badan kita dulu. Sebab tu penting sangat untuk kita tahu yg set suplemen yg bagus untuk menurunkan berat badan ni bila dalam set tu ada agen detoks untuk kita buang toksin degil dalam badan. Kalau badan penuh toksin, suplemen atau vitamin yg kita ambil susah nak serap dalam badan kita. 
  • Tekanan yg kronik. Sekiranya kita sering hidup dalam keadaan resah, tertekan, sedih, maka badan kita akan mengeluarkan bahan kimia seperti hormon kortisol yg akan membuatkan badan kita lebih cenderung menyimpan lemak, terutamanya di sekitar perut. Buat apa nak tertekan? Take a break. Buat senaman yg menggembirakan. Pergi gym bersosial ke. Keluarkan stress dengan cara yg sihat. =) Kenaikan badan di sekitar pinggang akan memberikan risiko yg tinggi kepada kesihatan kita berbanding lemak di punggung dah peha. Yg ni dah tentu. So kurangkan tekanan supaya lemak tak berkumpul di perut ok!!

  • Hipotirodisme. Benda ni berlaku jika kelenjar tiroid tak aktif, badan tak akan mengeluarkan hormon tiroid yg cukup untuk membantu membakar lemak. Akibatnya kadar metabolisme badan akan jadi rendah dan kita akan menyimpan lebih lemak berbanding membakarnya terutamanya jika kita tidak aktif secara fizikal.

  • Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). Penyakit ini hasil daripada hormon yg tak stabil. Antara simptom-simptom PCOS ialah period yg tak teratur, jerawat, bulu muka yg berlebihan, rambut terlalu nipis, sukar mengandung dan kenaikan berat badan bukan disebabkan pengambilan makanan yg berlebihan.

  • Sindrom 'cushing'. Sindrom ni berlaku bila kelenjar adrenal yg terletak di atas buah pinggang mengeluarkan terlalu banyak kortisol yg akan membuatkan lebih banyak lemak terbentuk di wajah, belakang atas badan dan abdomen membentuk bahagian badan antara toraks (dada) dan pelivis (punggung)

  • Kemurungan. Orang yg selalu dalam kemurungan biasanya akan makan untuk mengatasi masalah emosi mereka.

  • Perubahan hormon di dalam badan. Sesetengah wanita mengalami kenaikan berat badan bila mengalami perubahan hormon. Contohnya ketika akil baligh, mengandung dan menopaus.

  • Pengambilan air soda. Soda memang sinonim dengan minuman yg mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tidaklah menjadikan perut kita kenyang. Sebab tu walaupun kita minum soda, keinginan untuk makan dalam kuantiti yg banyak tetap ada. Pengambilan 2-3 gelas soda sehari mungkin menyebabkan berat badan kita bertambah sehingga 30% daripada biasa.

  • Kurang tidur. Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda kita dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi, semakin sikit masa kita tidur, semakin banyak masak kita makan.

  • Tak bersarapan. Seseorang yg lambat bersarapan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yg mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti. Membiarkan perut kosong pada waktu pagi akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan kita makan banyak pada waktu tengahari. Maka, jangan skip meals!!

  • Makan terlalu cepat. Kunyah makanan perlahan-lahan. Dengan mengunyah secara perlahan, kita akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali kita makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20 minit diperlukan untuk perut mendapat signal dari otak bahawa kita dah kenyang.

  • Kurang minum air putih. Dalam kajian, seseorang yg menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yg tidak minum.

  • Berkawan dengan mereka yg sama berat badan. Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila berkawan dengan orang yg ada obesiti. Itu tak bermaksud kita tak boleh berkawan dengan mereka yg berbadan besar pulak. Tapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajakla kawan pergi bersenam dan amalkan pola permakanan yg sihat.

  • Kurangkan pengambilan karbohidrat. Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, masi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yg menyebabkan kita nak makan lagi. Jadi gantikan karbohidrat sederhanan dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal.

  • Makan dengan potongan besar. Seseorang yg makan dengan potongan yg besar boleh menambah kalori di dalam badan mereka sebanyak 50% berbanding mereka yg mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan.

  • Malas bersenam. Walaupun kita telah mengurangkan pengambilan makanan, tapi mungkin kita tak dapat mengecilkan bahagian pinggang kita yg berlemak tanpa senaman. Kesimpulannya, badan kita akan lebih cepat berisi bila kita malas bersenam atau bersenam tetapi tidak konsisten.

  • Makan lewat malam. Mengikut kajian Journal Obesity, seseorang yg makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan kita untuk makan tengah malam tu menggila, carilah makanan yg mempunyai kandungan gula dan lemak yg rendah seperti susu rendah lemak, air masak, buah2an ataupun roti oatmeal.

Itu dia antara sebab kenapa badan kita susah nak turunkan berat walau macam mana sekalipun kita mencuba. Kadang2 bukan salah suplemen pun. Sebab suplemen ni hanya membantu untuk merangsang proses penurunan berat badan. 
Ada ke antara kamu kat luar sana yang nak kuruskan badan? Cubalah Set Kurus Shaklee

 Hubungi saya 
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin


0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...