Langkau ke kandungan utama

Masalah PELUPA



Salam sayang semua. Kebelakangan tok masalah "pelupa" mak makin jadi2, so nak tahu apa yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.Jom kita baca..

 4 faktor yang menyebabkan masalah pelupa

 


Masalah pelupa kemungkinan berpunca daripada beberapa faktor luaran atau dalaman kehidupan seseorang. Persekitaran akan mempengaruhi otak kita.

4 faktor yang menyebabkan masalah pelupa.

Stress- Tekanan yang kronik adalah seperti racun terhadap otak anda. Tekanan meningkatkan pengeluaran steroid semulajadi yang dipanggil kortisol. Ia mampu untuk merosakkan hippocampus yang berfungsi sebagai pusat ingatan otak. Kajian menunjukkan bahawa gaya hidup yang terlalu sibuk atau terlalu tinggi tekanannya akan meningkatkan risiko penyakit Alzheimer.

Mengandung- Ketika proses kehamilan, banyak perubahan didalam badan yang berlaku dan ia akan menjejaskan kesihatan mental anda. Selain daripada itu, perubahan hormon yang drastik akan menyebabkan sakit kepala dan peningkatan hormon kortisol akan membuatkan anda sukar tidur dalam beberapa bulan.

Diet- Seorang yang berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan cepat sering meletakkan diri mereka didalam keadaan yang hampir sama seperti kebuluran. Ingatan dan pemikiran akan terjejas disebabkan otak kekurangan glukosa yang diperlukan (gula darah). Mengamalkan diet pengambilan karbohidrat yang rendah juga boleh membuatkan anda berasa cepat letih, kepala terasa berat, dan sakit kepala.

Kemoterapi- Pesakit yang sedang menjalani rawatan kimoterapi akan menyebabkan kekurangan terhadap daya pemikiran mereka. Ini adalah kesan biasa daripada rawatan tersebut.  Ubat-ubatan yang diambil juga boleh menyebabkan kesan yang sama. Antara kesan sampingan rawatan ini adalah pesakit akan mengalami masalah seperti pucat, keletihan, insomnia, dan kebimbangan yang boleh membuatkan penumpuan seseorang menjadi sukar. Selain daripada itu, pesakit yang menjalani rawatan ini juga akan sering untuk hilang selera makan. 

Kalau diteliti 4 faktor di atas, tak satu pun yang berkaitan. Mungkin ada sebab lain yang menyebabkan mak jadi pelupa...mungkin faktor umur..huhu..Semoga mak sihat walafiat hendaknya dan tidak menjadi pelupa..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...