Assalamualaikum dan salam ceria semua. BERCAKAP mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang
paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit.
Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam
menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang.
Ruam biasanya berlaku kerana iritasi pada kulit yang boleh disebabkan
oleh pelbagai masalah. Ruam merupakan satu masalah kecil yang
sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam
keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal.
Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan
oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam
jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab
(dermatitis). Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau
ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk
menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan
luka.
Punca ruam
Ruam bukan selalunya berlaku pada kali pertama anda berhubung dengan
alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila berlakunya tindak balas
dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam. Ruam tidak
merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga
terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau
dermatitis ialah:
Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac.
Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen.
Barang kemas atau fabrik.
Ruam juga boleh berlaku dengan jangkitan virus seperti herpes zoster,
jangkitan kulat contohnya yis, jangkitan bakteria dan jangkitan
kelamin (STI). Ruam juga boleh berlaku sebagai tanda-tanda penyakit yang
lebih serius, seperti penyakit hati, penyakit buah pinggang atau
sesetengah jenis kanser.
Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga atau
parasit seperti hama. Anda boleh mendapat ruam apabila anda berjalan ke
kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan.
Ruam lebih serius
Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat,
ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk
ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan
emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam
yang gatal.
Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada
gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain
seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan
atau jangkitan yang serius.
Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor.
Rawatan di rumah
Kebanyakan ruam akan hilang tanpa rawatan perubatan. Rawatan di rumah
selalunya boleh melegakan kesakitan dan gatal-gatal sehingga ruam
hilang.
Jika anda mempunyai ruam, anda tidak perlu berada dalam hubungan
dengan kanak-kanak atau wanita hamil. Kebanyakan virus yang menyebabkan
ruam adalah berjangkit, terutamanya jika ia turut menyebabkan demam.
PASTIKAN cadar bilik anda sentiasa bersih kerana ia boleh menjadi punca kepada ruam akibat hama.
Tip Elakkan kegatalan
Pastikan kawasan yang gatal berada dalam keadaan sejuk dan lembap.
Meletakkan kain direndam di dalam air ais pada ruam beberapa kali
sehari. Ruam yang terlalu kering akan mengeringkan kulit, yang boleh
menggandakan kegatalan.
Sapu kegatalan anda dengan Herbal Blend Shaklee
Sapu kegatalan anda dengan Herbal Blend Shaklee
Pastikan anda berada dalam persekitaran sejuk dan berjauhan daripada matahari. Haba boleh membuat gatal semakin teruk.
Elakkan daripada menggaru. Potong kuku pendek atau memakai sarung
tangan kapas pada waktu malam untuk mengelakkan anda menggaru secara
tidak sengaja.
Pakai pakaian kapas. Jangan memakai bulu dan kain sintetik.
Basuh pakaian anda dengan Basic H Shaklee.
Amalkan pemakanan vitamin untuk mengurangkan risiko kegatalan ruam. Saya syorkan Vitamin C, dan Alfalfa Shaklee.
Jadi, kepada ibu2 diluar sana, jangan pandang remeh pada ruam yang melanda kita dan anak2 kita. Cegah sebelum parah!
Amalkan pemakanan vitamin untuk mengurangkan risiko kegatalan ruam. Saya syorkan Vitamin C, dan Alfalfa Shaklee.
Jadi, kepada ibu2 diluar sana, jangan pandang remeh pada ruam yang melanda kita dan anak2 kita. Cegah sebelum parah!
Hubungi saya
Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin
0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan