Langkau ke kandungan utama

Tip Anak Pintar Dan Cergas


Comel kan gambar budak kat atas ni? Kecik kecik dan pandai baca buku..hihi
Tentu semua nak anak cerdik, pintar dan cergas kan? Jom kita sama2 baca tip macam mana nak mendidik anak kita jadi cerdik dan pintar sekaligus cergas sepanjang hari.Insha allah..

Hakikatnya mendidik anak memerlukan kesabaran serta ketekunan terutama anak-anak yang berada dalam tempoh pembelajaran. Dalam tempoh inilah ibubapa perlu memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang yang mencukupi. Saya pasti semua ibubapa di dunia ini memasang impian mempunyai anak-anak yang pintar,bijak,soleh,baik budi pekerti dan menghormati orang tua apabila dewasa kelak. Mari kita kongsikan beberapa tip untuk melahirkan anak yang pintar dan bijak

1)Pemakanan
Pemakanan sangat memainkan peranan penting dalam proses melahirkan anak yang pintar. Sebagai ibubapa, kita perlu memberikan makanan yang berkhasiat yang cukup dari segala protien, mineral, vitamin, kalsium dan lain-lain lagi. Makanan yang baik dapat membentuk tumbesaran otak dengan sempurna. Untuk tumbesaran anak beri kalsium secukupnya seperti susu yang penuh dengan kalsium.Saya syorkan beri anak anak minum Meal Shake Shaklee yang kaya dengan 24 jenis vitamin dan mineral.
Selain itu beri anak anda makan ikan kerana ikan mempunyai sumber protien yang banyak yang diperlukan oleh anak-anak. Pati minyak ikan kod juga membekalkan banyak vitamin. Jadi boleh berikan anak anda pati minyak ikan kod seperti Omega Guard Shaklee.

2)Keadaan sekeliling
Kawasan persekitaran juga memainkan peranan untuk anak menjadi bijak. Rangsangan ibubapa sangat penting dengan cara menyediakan kawasan permainan khas untuk anak-anak kecil anda. Selain itu berikan permainan yang sesuai anak anda akan mendapat rangsangan awal apabila bermain. Anak anda sebenarnya sedang mempelajari sesuatu dari setiap aktiviti hariannya. Jadi jangan sekat apa kemahuannya. Biarkan dia kreatif melakukan apa sahaja. Ini dapat merangsang otak anak anda.

3)Pengalaman luar
Sediakan peruntukan khas untuk membawa anak-anak pergi ke tempat lain untuk menimba ilmu. Suasana yang berlainan dari yang biasa mereka lalui pasti akan merangsang mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan" luas pemandangan bererti semakin banyak pengalaman yang bakal anak anda perolehi. Inilah yang akan mendorong anak anda menjadi lebih pintar.

4)Beri peluang
Dalam melatih anak anda menjadi pintar apa yang penting ialah melibatkan anak anda dalam sesuatu situasi. Jangan pinggirkan mereka hanya dengan alasan anak anda masih kecil lagi. Itu adalah kesilapan yang sangat BESAR!. Ccontohnya jika anda ingin membuat kuih atau apa jua masakan cuba libatkan anak anda dalam membuat keputusan bersama. Ini dapat merangsang anak anda untuk berfikir dan secara tidak langsung akan menanam satu perasaan dalam hati anak anda yang dia juga penting dalam keluarga dan diri rasa diberi penghargaan.

5)Beri penghargaan
Anak-anak suka jika apa yang mereka lakukan mendapat perhatian dan mendapat pujian terutama dari ibubapa mereka. Contohnya apabila anda meyuruh mereka membuat sesuatu kerja apabila anak anda berjaya melakukan cuba beri satu penghargaan seperti memberi hadiah. Ini pasti akan menggembirakan anak anda.
Sememangnya mendidik anak menjadi pintar memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya. Namun jika anda fokus dan memberi sepenuh perhatian dalam proses ini, anda pasti dapat melahirkan anak-anak yang pintar,bijak,soleh serta taat kepada ibubapa. Semoga perkongsian ini dapat membantu kita.

Kat bawah ni ada testimoni daripada mereka yang telah memberi vitamin shaklee kepada anak mereka. Jom baca!!



Teruja tak nak cuba? Kalau ya, jangan segan silu ekk...kini segalanya mudah..hanya dihujung jari dah boleh order.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=91024559c37865feea27551343dfafe8

Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin

0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...