Langkau ke kandungan utama

Bibir Kering Dan Cara Atasi

 
Bibir kering? Selalu tak terjadi pada anda terutama yang wanita? Bibir kering sering dikaitkan dengan kekurangan air. Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas juga biasa dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering.

Tahukah anda pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir mengelupas! Ini kerana bahan kimia yang terkandung dalam gincu kemungkinan tak sesuai dengan kulit kita. Saya misalnya amat memilih gincu, kerana dah beberapa kali beli gincu , bibir asyik kering walaupun dari pelbagai jenama yang murah sehingga yang mahal. Saya akui dulu saya kurang minum air, tapi sekarang..saya rajin minum air terutama air suam.Nak tahu kenapa? Sebab sekarang saya dah amalkan makan vitamin shaklee..hee..bila kita makan vitamin, kita disarankan minum air yang banyak sebab supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.

Pengalaman saya, kalau banyak makan sayur, minum air yang cukup, at least 3 liter sehari, insha allah bibir kita tak akan kering. Kenapa saya kata sayur atau buah-buahan? Semua orang tahu sayur dan buah buahan mengandungi banyak vitamin E,C A dan antioksidan. Selain menyembuhkan bibir yang kering, ia juga boleh melembapkan bibir.



Ada beberapa petua untuk mengatasi masalah bibir pecah, antaranya:-

  • Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah. Dulu saya selalu buat begini sebab saya tak perlu keluarkan kos sebab kat rumah mak dapat free..hihi
  • jangan suka basahkan bibir dengan air liur kerana ia akan mengeringkan lagi bibir anda
  • banyakkan makan sayur sayuran dan buah buahan
  • memastikan kita minum air secukupnya (2L atau 8 gelas sehari sekiranya tidak mengambil supplement dan 3L sehari jika mengambil supplement).
  • Menggunakan pelembab bibir yang mengandungi SPF 15 atau SPF 20 untuk melindungi bibir dari sinaran matahari.
  • Mengambil vitamin Vitalea (with iron), B Complex, Vitamin C dan juga Vitamin E. 
  • Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.
  • Menjauhi rokok dan sebagainya.
  • Mengurangkan pengambilan ubat-ubatan
 Selamat mencuba!! Sekiranya anda ingin mencuba vitamin shaklee, hubungi saya :-) Saya sedia membantu..

 Shaklee Independent Distributor

SID :1104421

Noor Hasmah Jamaludin

 

0138214890



noorzamris@gmail.com
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b542b5d45408e71e69f4b3e36627fce7

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...