Langkau ke kandungan utama

Pemakanan Untuk Tulang Sihat



Tahukah anda:

Tulang adalah hidup dan seperti sel-sel atau tisu-tisu lain dalam badan kita, ia perlu diberi makan juga! Tulang yang tumbuh dengan sempurna akan menjadikan anda lebih tinggi dan lebih kuat. Tulang yang sihat juga dapat menyokong badan anda supaya anda boleh menjadi aktif seperti yang anda inginkan.
Apakah Makanan Untuk Tulang
Tulang anda adalah keras dan tumpat kerana ia dipenuhi dengan mineral seperti kalsium dan fosforus. Untuk memastikan tulang anda sentiasa tumpat, anda perlu selalu membekalkannya dengan kalsium. Anda boleh mendapatkan kalsium dari Ostematrix Shaklee yang kaya dengan kalsium. Anda juga memerlukan vitamin D, yang membina tulang dan membantu kecekapannya menyerap kalsium.
Tetapi selagi anda mengikuti cara pemakanan yang sihat, anda tidak perlu mengambil pil kalsium atau pil vitamin D. Kalsium boleh didapati daripada susu, keju, makanan bijirin, ikan bilis, kacang soya dan sesetengah sayuran.
Untuk pengetahuan anda, kita akan mengalami kepatahan tulang dan kesakitan teruk ketika sudah berusia nanti sekiranya kita tidak menjaga tulang dengan baik dari masa sekarang.

Ini kerana tulang hanya boleh menyerap mineral sehingga kita berumur lebih kurang 30 tahun. Selepas itu, tulang anda perlu bergantung kepada kalsium dan fosforus yang anda simpan dalam badan anda sejak bertahun-tahun dahulu. Jika tulang anda tidak mempunyai cukup kalsium, ia akan mudah patah. Ini ialah sejenis penyakit yang dipanggil osteoporosis. Penyakit ini sangat menakutkan, kerana tulang-tulang anda akan tiba-tiba patah tanpa sebab, atau jika anda terjatuh sedikit.
Cara yang baik untuk menguatkan tulang anda ialah dengan mengambil makanan yang mengandungi banyak kalsium (seperti susu, keju dan yogurt), bersenam selalu dan jangan merokok. Anda harus mengamalkan tabiat-tabiat ini dari sekarang, bukan apabila anda berumur 50 tahun, kerana masa itu sudah terlalu lambat..
 
Dapatkan set anda hari ini untuk tulang yang sihat. Jangan lupa, tulang sihat anda segar sentiasa :-)

Mari kita baca testimoni mereka yang dah mengamalkan set ini..jommm
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6e2eec9ca19c076736d19ac5426473af
Shaklee Independent Distributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin


0138214890

noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...