Langkau ke kandungan utama

Shaklee Effect ~~Kesan Shaklee

Alhamdulillah..syukur kepada Allah S.w.t  yang telah memberi peluang kepada saya untuk menghabiskan cabaran dalam #cabaran40hari40malamblog yang bagi saya amat payah pada mulanya dan dari sehari ke sehari selama 40 hari ni, saya semakin positif dalam usaha untuk memajukan diri saya dalam bisnes shaklee.

Syukur juga kerana walaupun ada ketika, idea langsung tak menjadi, pening kepala tapi saya tetap teruskan. Selama seminggu cuti raya, blog saya turut bercuti..;-)..kesannya saya terpaksa kejar masa untuk cover balik tajuk2 yang saya tertinggal. Jadi, lepas ja cuti raya tu, saya berhempas pulas memikir tajuk yang sesuai, menarik dan idea yang bernas utk update blog. Ada satu masa dalam satu hari tu, idea langsung tak menjengok dan saya langsung tak update blog. Sebab tu, ada yang saya copy paste tapi di olah semula..hehe

Bagaimana shaklee memberi kesan kepada saya? Sejak join shaklee penghujung januari 2014 sehingga sekarang, shaklee banyak beri kesan kepada kehidupan saya. Bermula dengan makan vitamin C kerana demam, batuk dan selsema yang terlalu lama hampir sebulan rasanya..saya memulakan bisnes shaklee dengan memperkenalkan produk shaklee kepada kaum keluarga dan rakan rakan. Kebanyakan rakan yang saya syorkan produk shaklee, hampir kesemua mereka mengenali produk ini samaada telah membeli atau mengamalkannya. Sebelum ini saya asyik melihat upline saya buzy memanjang dengan bisnes ni. Seronok melihat dia berjaya dengan bisnesnya..saya merupakan salah seorang daripada rakan rakan kat opis yang selalu aje lihat perangai nya yang asyik busy dengan hp. Mana taknya, makan hp, minum hp, even bercakap dengan kawan2 pun hp tak lepas dari tangan...hehe

Sebenarnya kalau kita BERUSAHA, mustahil kita tak akan berjaya. Sebab itulah kita lihat banyak cth org yang kuat berusaha akan mendapat hasilnya. Macam tanam pokok buah rambutan. Kalau kita tak usaha untuk menanam, menjaga, membelai anak pokoknya, mana mungkin kita akan dapat menikmati hasil buahnya. Begitu juga dengan bisnes shaklee, sekiranya kita tak promote kat fb, kat kawan2 dan kita sendiri tak mencuba, mana mungkin kita akan mendapat manfaat darinya seperti keuntungan runcit, bonus dan kesan positif pada tubuh badan kita.
 
Kalau dari segi kewangan, bisnes shaklee juga beri kesan pada saya. Mana taknya disaat org tengah kering duit setiap tengah bulan, pengedar shaklee baik yang beli utk diri sendiri atau memang yang berusaha kuat dengan menjual kepada orang lain..akan dapat bonus setiap 15 haribulan. Kadang2 awal dari 15hb. Walaupun tak banyak, at least dapat tolong suami, beli makanan utk anak2, beli pampers, bayar bil, bawak anak2 g jalan2 dan banyak lagi. Kepuasan akan terpancar bila kita lihat anak anak dan orang yang kita sayang gembira.
Sekarang ni pulak, tengok master2, leader2 semua g US..dia orang siap post gambar dalam fb  g kat situ, g kat sini..jelessss..Insha allah, sekiranya dipanjangkan umur, saya pun menyimpan cita2 untuk keluar dari kelompok kesusahan dan ingin berada bersama dalam kesenangan dan kejayaan, Insha allah..
Oh ya, sebenarnya bila customer beri feedback positif pada kita selepas makan produk shaklee juga beri kesan pada saya. Saya rasa happy sangat bila ada yang berkongsi dan mengakui keberkesanan shaklee. rasa teruja pun ada. Dan pada yang belum nampak hasil selepas penggunaannya, jangan lah berputus asa. Mungkin belum ada rezeki, yang penting usaha lagi..jangan berhenti berusaha kerana sesungguhnya usaha itu tangga kepada kejayaan.

Okaylah, setakat ini saja coretan saya pada entry kali ini dan semoga kita jumpa lagi pada entry saya pada masa akan datang..Assalamualaikum..

#cabaran40hari40malamblog
#sayajualshaklee
#pengedarsahshaklee


Shaklee Independent Distributor

SID :1104421

Noor Hasmah Jamaludin

 

0138214890



noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...