Assalamualaikum semua. Tak tahulah sejak dua hari ini perut asyik sakit ja. Dahlah kerap kali berlaku. Asyik jumpa dengan Cik Tan saja..:-) So, hari ni nak cerita pasal cirit birit yang berlaku pada saya lah. Apa itu cirit birit?
Cirit birit adalah keadaan dimana kita membuang air besar dalam kadar yang kerap dengan
najis yang berair. Ia biasanya berlarutan hanya dalam sehari atau
dua hari dan ia bukanlah suatu penyakit yang serius. Cirit birit akut
disebabkan oleh kurangnya cecair diserap dari dalam usus kecil atau
usus kecil menghasilkan terlalu banyak cecair. Cirit birit akut ialah kejadian cirit-birit secara tiba-tiba. Najis
yang dihasilkan lembut dan berair, perut yang 'berangin' atau bergas (flatulens),
kesakitan dan individu mengalami demam dan muntah-muntah.
Cirit-birit
akut mungkin disebabkan oleh jangkitan, keracunan (toksin), kesan
sampingan ubat atau jenis makanan. Sesetengah penyakit boleh menyebabkan
cirit-birit. Cirit-birit yang berpunca daripada jangkitan kebiasaannya
disebabkan oleh kuman virus. Akibatnya, lebih banyak
najis cair daripada biasa.
PENYEBAB DAN SIMPTOM
- Kemasukan virus, bakteria atau parasit
- Kemasukan air yang tidak elok atau makanan rosak
- Alergi
- Gangguan emosi
- Terlalu banyak ubat laksatif
- Ubat-ubatan tertentu (antibiotik seperti tetrasiklin, Klindamisin dan Ampisilin boleh menyebabkan anda mengalami cirit birit)
- Divertikulitis (penyakit usus)
- Penyakit radang usus, biasanya ulser kolitis atau Penyakit Crohn
Penyebab
|
Tanda/Gejala
|
Virus Gastroenteritis
(Selsema perut)
|
Loya, muntah, cirit birit berair, demam, sakit. Biasanya berlaku selama 1-3 hari.
|
Jangkitan bakteria
|
Cirit birit akibat jangkitan bakteria, demam, menggigil, dan kadang-kadang darah atau lendir dalam najis. Muntah jarang berlaku
|
Ketidakhadaman makanan / laktosa
|
Kembung, gas, kejang, najis menjadi cair, makanan lain yang berisiko. Tidak ada tanda-tanda penyakit atau jangkitan lain.
|
Ketegangan emosi
|
Kejang, najis cair, dialami selama masa ketegangan.
|
PENCEGAHAN
i) Cirit-Birit Berjangkit
- Jagalah kebersihan anda. Selalu mencuci tangan sebelum menyiapkan makanan sendiri atau untuk orang lain.
- Jauhkan tangan anda dari mulut anda.
- Cuci tangan selepas bersalam dengan orang ramai.
- Selalu mencuci tangan selepas menggunakan bilik mandi, dan waspada dari mereka yang tidak menjaga kebersihan tangan.
ii) Cirit Birit yang Tidak Berjangkit
- Biasanya sukar untuk mengetahui penyebab cirit birit yang tidak berjangkit.
- Jika ada hubungan jelas di antara cirit birit dan kejang yang berkaitan dengan pengambilan produk tenusu beberapa jam selepasnya, maka berkemungkinan ia adalah disebabkan ketidakhadaman laktosa.
- Jika masalah anda yang dipercayai menjadi lebih teruk akibat ketegangan atau gangguan emosi atau peristiwa, ia berkemungkinan adalah Sindrom Kerengsaan Usus Besar.
Keadaan ini boleh dicegah hanya dengan mengelakkan kejadian yang
mencetuskannya seperti mengambil enzim penyerapan laktosa dengan produk
tenusu atau mengelakkan makanan atau rempah-rempah tertentu yang boleh
mencetuskan cirit birit. Cuba hindari sebarang keadaan yang
menyebabkan ketegangan dan gangguan emosi.
PENJAGAAN KENDIRI
- Berwaspada dengan dehidrasi (kehilangan air daripada badan).
- Minum banyak air. Menghisap serpihan air batu juga dapat membantu. Berikut adalah beberapa sumber cecair yang boleh diambil:
- Air
- Air rebusan
- Teh dengan gula yang sedikit
- Minuman untuk bersukan (100 plus)
- Campuran daripada empat sudu teh gula dan satu sudu teh garam dengan empat cawan air
- Garam Rehidrasi Oral
- Performance Drink Shaklee
- Orang dewasa harus minum sekitar dua cawan setiap jam kecuali jika mereka muntah.
- Anak-anak berusia lebih dari dua tahun boleh minum sehingga dua liter sehari.Tanya kepada doktor anda untuk membantu sekiranya anak anda haus, mengalami kekejangan, atau kelihatan lemah atau kebingungan.
- Tanyakan kepada doktor anda apa yang harus diberikan kepada anak di bawah usia dua tahun.
- Jangan minum air yang sangat panas atau sangat sejuk
- Jangan minum jus epal kerana ini boleh menerukkan cirit birit, terutamanya kepada kanak-kanak.
- Jangan minum susu pada masa saat ini kerana ia juga boleh menerukkan cirit birit.
- Makan sedikit atau ambil makanan bukan pepejal untuk beberapa hari selepas itu.
Apabila Cirit Birit mulai beransur pulih, ikuti petua berikut:
- Makan diet B.R.A.T.B.R.A.T. ialah singkatan dari pisang masak, beras, sos epal dan roti bakar (Banana, Rice, Applesauce and Toast). Anda harus makan makanan ini sebelum anda cuba makanan yang lain.
- Makan dalam jumlah kecil, makanan lembut seperti kentang yang dimasak.Jauhi dari daging, kacang-kacangan dan makanan tenusu.
- Jangan makan-makanan yang tinggi serat seperti roti gandum atau bijirin bran.
- Jangan makan makanan yang sukar untuk dicerna:
- Buah-buahan dan sayuran mentah
- Makanan bergoreng
- Jangan minum kopi (ia menyukarkan penghadaman)
- Jangan bersenam terlalu kuat sehingga cirit birit hilang
- Cuba ubat-ubatan yang boleh didapati di kaunter farmasi seperti Kaolin, Diphenoxylate, Loperamide dan lain-lain. Tunggu sekurang-kurangnya 12 jam sebelum mengambil ubat-ubatan. Biarkan cirit birit sembuh dengan sendiri untuk mengatasi penyebabnya.
Ikuti petua ini sekiranya cirit birit disebabkan oleh jangkitan:
- Basuh tangan anda selepas menggunakan tandas.
- Cuci tangan anda sebelum memasak.
- Jangan berkongsi tuala dengan orang lain.
- Keringkan tangan anda dengan tuala kertas dan buangkan tuala kertas tersebut.
HUBUNGI DOKTOR SEKIRANYA…
- Ada lendir, darah atau nanah dalam najis anda.
- Cirit birit semakin teruk selepas dua atau tiga hari.
- Anda tidak kencing dalam tempoh 12 jam.
- Anda mengalami kekejangan dan kesakitan perut yang teruk.
- Anda juga muntah.
- Anda adalah pesakit diabetes atau penyakit kronik yang lain.
- Anda hamil.
- Anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi: jarang buang air kecil atau warna air kencing yang gelap, haus yang melampau, bernafas kencang, demam, dan mata cengkung.
Penjagaan diri, termasuk berehat dan minum banyak cecair,
dapat membantu cirit birit. Tetapi sekiranya simptom berterusan,
hubungi doktor anda untuk mendapatkan bantuan dalam proses penyembuhan
anda.
TANDA-TANDA DEHIDRASI
- Air kencing berwarna gelap
- Air kencing yang sedikit atau tidak kencing selama 8 jam atau lebih (2-3 jam bagi kanak-kanak yang kecil)
- Mulut, lidah dan bibir kering, dan tiada air mata
- Kulit tidak kembali kepada keadaan asal apabila dicubit
- Mata, pipi atau abdomen cengkung atau terdapat bayangan gelap di bawah mata.
- Perubahan pada pernafasan - samada laju atau perlahan atau dalam.
- Kulit yang sejuk dan berlengas.
- Kanak-kanak mudah marah, mengantuk dan tidak bermaya.
- Ubun-ubun bayi lebih lekuk daripada biasa.
CIRIT BIRIT PADA KANAK-KANAK
- Kanak-anak akan mudah mengalami dehidrasi yang membahayakan ketika mereka mengalami cirit birit.
- Bagi bayi, dehidrasi berbahaya biasa terjadi dalam beberapa jam. Hubungi doktor bila bayi anda mengeluarkan najis cair dan berair lebih dari satu kali dalam satu jam dalam tempoh 2-3 jam.
- Doktor anak anda mungkin menyarankan anda memberikan susu dengan setengah kekuatan formula (formula biasa dicairkan dengan air) dalam jumlah yang kecil secara kerap.
- Biasanya adalah selamat untuk bayi terus menyusui susu ibu.
- Anda juga mungkin perlu mencuba formula bebas laktosa seperti susu soya.Tanyakan pada ahli farmasi anda.
- Cuci dan sterilkan botol susu, putting susu, puting dan semua alat-alat yang digunakan untuk menyukat, mencampur dan menyimpan susu.
- Simpan susu formula yang telah dibancuh ke dalam peti sejuk serta merta.
- Buangkan lebihan susu atau formula.
- Bagi kanak-kanak yang lebih besar, ikuti cara untuk orang dewasa tetapi jangan menggunakan ubat tanpa nasihat daripada doktor anda. Untuk kanak-kanak, berikan cecair dengan sedikit garam dengan kerap.
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin
0138214890
noorzamris@gmail.com
Ulasan