Langkau ke kandungan utama

Mengantuk Semasa Hamil

Assalamualaikum semua
Ada tak ibu2 hamil sekarang ni asyik mengantuk saja siang hari? Bila malam pula dah syok2 tidur, boleh pulak terbangun tengah malam dan alahai susahnya nak tido balik kan? huhu
Itulah yg terjadi pada saya. Dah sedap2 tido tetiba terbangun then boleh pulak fikir yang macam macam. 

Nak tahu tak apa yang menyebab kan mommy semua rasa ngantuk dan kadang-kadang susah nak tidur semula? Jom baca lagi sampai habis..

Masalah tidur semasa hamil adalah perkara biasa. Dalam trimester pertama, anda mungkin terkejut betapa kerap anda rasa ingin tidur.

Mengapakah tiba-tiba saya rasa hendak tidur?

Pada awal kehamilan, anda mula merasa sangat mengantuk pada waktu siang. Tahap hormon progesteron yang tinggi dalam badan menyebabkan anda rasa mengantuk secara tiba-tiba.

Progesteron boleh membuatkan kehidupan seharian di tempat kerja terasa seperti begitu memenatkan, seolah-olah anda sedang berlari dalam acara marathon. Anda juga mungkin rasa begitu letih sehingga anda menyangka anda hendak terkena demam selesema. Keadaan anda yang keletihan ini juga boleh membuatkan loya dan muntah-muntah yang berlaku pada awal kehamilan menjadi lebih teruk.
Malangnya, progesteron juga boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam dan menyebabkan anda rasa lebih letih pada waktu siang. Apa yang anda boleh lakukan ialah berehat sebanyak mungkin dan tidur sebentar bila-bila anda boleh. 
Mengamalkan makan vitamin B Complex semasa hamil juga boleh membantu mengurangkan masalah tekanan. Kandungan 8 jenis vitamin yang terdapat di dalamnya membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
Mengapakah sukar bagi saya untuk tidur dengan selesa semasa hamil?
Payudara anda yang membengkak mungkin membuatkan sukar bagi anda mendapatkan posisi tidur yang selesa, terutamanya jika anda biasa tidur meniarap.
Trimester pertama merupakan waktu yang terbaik untuk melatih diri anda tidur mengiring. Posisi ini dapat memperbaiki aliran darah dan nutrien kepada bayi dan uterus (rahim) anda. Berbaring dalam posisi ini juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair. Lebih cepat anda membiasakan diri tidur mengiring, lebih mudah untuk anda tidur dengan selesa apabila perut anda sudah memboyot nanti.

Mengapakah saya asyik rasa hendak membuang air kecil?

Uterus anda yang sedang membesar memberi tekanan kepada pundi kencing dan menyebabkan anda lebih kerap berlari ke tandas. Keadaan ini boleh mengganggu tidur anda. Anda mungkin dapat tidur lebih lena jika anda kurangkan minum pada waktu malam. Oleh itu, pastikan anda minum banyak air pada waktu siang kerana penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat.

Adakah kurang tidur akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Rasa mengantuk adalah perkara biasa semasa hamil dan ia tidak akan membahayakan bayi anda.
Dengarlah kata badan anda apabila ia memberitahu supaya anda mengurangkan aktiviti dan berehat. Jika anda tidur terlalu sedikit dalam awal kehamilan, anda mungkin berisiko lebih tinggi mengalami praeklampsia dan tekanan darah tinggi.
Terimalah hakikat bahawa tiga bulan pertama kehamilan anda akan jadi sangat meletihkan, oleh itu, berehat atau tidurlah sebentar bila-bila anda ada peluang..:-)
Nak dapatkan Set Hamil Shaklee? Klik sini..
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e59ba389761bfb7fd837d775b17314ca
Hubungi saya 
Shaklee Independent DIstributor
SID :1104421
Noor Hasmah Jamaludin

 
0138214890
noorzamris@gmail.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang! Apa yang perlu dibuat? *Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital Apa yang pihak hospital akan lakukan? X-ray dada (chest) dan abdomen (perut) x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut. Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat. Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar. Sekiranya anak anda mengalami simptom : -batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan. Sekiranya anak anda mengalami simptom: -muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdar...