Langkau ke kandungan utama

SAYANG PADA SUAMI? WANITA PERLU TAHU!

Assalamualaikum semua..hari ini nak cerita pasal hal "tombong" atau rahim jatuh.
Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj. 
Tanda-tanda rahim jatuh /Peranakan jatuh :
- Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj.
- Ketulan pada faraj.
- Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)

- Sakit belakang
- Sakit semasa hubungan seks.
- Pendarahan faraj selepas menopaus.

- Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal. Sukar buang air kecil / besar.

- Terkencing ketika tidur

- Air sentiasa keluar dari faraj

- Bila tekan di kawasan ari-ari seperti bengkak dan bila ditekan sakit seperti dihiris pisau

- Tundun faraj keras dan bengkak
- Bila kencing terasa seperti sembelit tiba-tiba dan rasa macam nak meneran
-Tidak selesa didalam faraj dan sakit bila bergerak.
Bagaimana boleh berlaku?

1. Tidak berpantang dengan betul selepas melahirkan anak

2. Mengangkat benda-benda berat

3. Terjatuh dan terhempap punggung

4. Sembelit ketika dalam pantang (meneran terlalu kuat)

5. Baka (mungkin ada keturunan yang pernah mengalaminya)

6. Kekurangan hormon akibat menopous

7. Fibroid (tumbuhan yang menolak rahim ke bawah)

8. Kelahiran yang bermasalah seperti terpaksa menggunakan forcep atau vacum


Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.
Gangguan perkencingan
 Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.

Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.
Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.
Pencegahan
Langkah yang terbaik bagi wanita ialah mencegah setelah mengetahui punca atau faktor-faktor yang mungkin menyebabkannya. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:
Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera. Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

Rawatan
Sekiranya masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik. Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang/donut yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim dari jatuh. Rawatan pembedahan merupakan pilihan terakhir setelah segalanya dilakukan. Anterior repair-colporrhaphy adalah pembedahan yang dilakukan dari bahagian hadapan faraj tanpa melibatkan insisi/belah di bahagian abdomen/perut. Ia digunakan untuk membetulkan pundi kencing yang sudah jatuh. Selalunya bius sepenuhnya atau bius separuh digunakan. Komplikasi yang mungkin berlaku (tetapi jarang) adalah sakit ketika melakukan hubungan kelamin, pundi kencing yang terlalu sensitif ataupun sukar membuang air kecil. Begitu juga dengan posterior repair yang melibatkan pembedahan dari belakang faraj dengan komplikasi yang lebih kurang sama dengan anterior repair. Selain itu, terdapat teknik baru menggunakan pita khas tetapi agak mahal.Rawatan pembedahan untuk rahim yang jatuh adalah dengan cara mengeluarkan rahim dari faraj dipanggil histerektomi faraj. Selalu juga, ketiga-tiga prosedur tersebut dilakukan serentak kerana prolapse melibatkan bahagian hadapan, belakang dan rahim sekali gus.

Oleh itu para wanita jangan ambil mudah bab2 berpantang terutama selepas melahirkan anak..semua ini untuk SUAMI kita juga..:-)

Luv,

Noor Hasmah
SID 1104421

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang! Apa yang perlu dibuat? *Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital Apa yang pihak hospital akan lakukan? X-ray dada (chest) dan abdomen (perut) x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut. Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat. Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar. Sekiranya anak anda mengalami simptom : -batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan. Sekiranya anak anda mengalami simptom: -muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdar