Langkau ke kandungan utama

Sakit Badan Selepas Bersalin



Assalamualaikum..

Saya merupakan antara peminat susu baik bancuh sendiri atau susu kotak jenama Dutch Lady.Tapi, sejak melahirkan anak ke-5 baru-baru ini pinggang saya sakit macam nak putus..Macam lah pernah putus pinggang kan? Heee...anak baru umur 5 bulan dah rasa sakit-sakit pinggul, belakang dan belikat. Eh! Belum cukup ke keperluan kalsium saya? 

Bila menyusu anak, saya selalu mengiring menyebabkan belakang saya bertambah sakit. Bila dapat terbaring rasa lega sangat tapi sakit tu hilang sekejap sahaja. Selepas mengiring sebelah kanan mengiring pula sebelah kiri.Pasti ibu hamil dan menyusu yang lain juga mempunyai pengalaman seperti ini. sakit-belakang . Sakit pada sendi selepas melahirkan anak sebenarnya kerap berlaku. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan “hormon relaxin” yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen, bertujuan agar tulang pelvis mudah dilonggar supaya “jalan untuk bersalin”dapat diperbesarkan. Namun begitu adakah anda terfikir bahawa sakit belakang akan hilang sebaik sahaja anda melahirkan bayi? Ligamen yang longgar ini menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan, dan selalunya mengambil masa beberapa bulan sebelum sembuh seperti keadaan sebelum hamil.Namun begitu,jika anda mengalami masalah ini, anda tidak bersendirian. Hampir 50 peratus wanita  mengalami sakit belakang dalam beberapa bulan pertama selepas melahirkan anak. Ibu yang menyusu anak memang memerlukan lebih banyak kalsium!!

Faktor Yang Menyebabkan Sakit Belakang Selepas Bersalin

Semasa hamil rahim akan membesar dan otot-otot abdomen perlu bekerja keras untuk menampung kandungan dan menyebabkan posisi badan turut berubah. Tekanan pada belakang badan menyebabkan anda berasa sangat sakit. Tempoh proses kelahiran yang lama semasa melahirkan bayi juga mampu memberi kesan kepada tulang belakang. Semasa bersalin, anda mungkin menggunakan otot-otot anda sepenuhnya dan mengakibatkan kesannya dirasai beberapa bulan selepas kelahiran. 

Posisi yang salah ketika menyusukan bayi dengan postur yang tidak betul seperti membongkok juga akan menyebabkan sakit belakang. Banyak tenaga digunakan semasa tempoh berpantang dan penjagaan bayi menyebabkan kesakitan bahagian belakang tidak pulih sepenuhnya dan berulang. Melakukan kerja berat atau mengangkat barang dengan postur yang salah juga boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang. 

Sampai Bilakah Belakang Saya Akan Sakit? 

Masalah ini bergantung kepada tahap kesihatan dan cara hidup kita seharian. Namun begitu perkara ini adalah normal selepas beberapa bulan melahirkan anak. Tetapi tempoh ini bergantung kepada beberapa faktor lain seperti sejarah sakit belakang, obesiti,dan berapa kerap anda bersenam bagi menguatkan otot-otot abdomen. 

Berjalan merupakan cara paling mudah membantu mengurangkan sakit belakang dan selamat dilakukan sama ada bersalin secara normal atau melalui pembedahan. Lakukan perlahan-lahan dan sekejap untuk beberapa minggu.  Mulakan dengan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan ‘pelvic titts’ sebagai rutin harian anda. Jika sakit belakang anda semakin kuat, segera dapatkan nasihat doktor. 

Perhatikan juga posisi semasa kita duduk dan berdiri. Adalah penting anda duduk tegak ketika menyusukan bayi sama ada menyusu botol atau menyusu badan. Gunakan alat sokongan seperti kerusi atau tilam khas jika anda mengalami sakit belakang di bahagian bawah,gunakan kerusi berkaki tinggi untuk memastikan kaki anda lebih tinggi sedikit dari lantai. Pilih kerusi yang selesa untuk anda duduk dan ketika memegang bayi, menyusu dan berehat. Gunakan tilam yang memberi sokongan baik kepada tulang belakang untuk meredakan kesakitan. 

Ramai yang mengalami sakit belakang kerana posisi mengangkat barang mereka yang tidak betul. Amat digalakkan untuk membengkokkan lutut ketika mengangkat barang dan mengangkat bayi anda dari lantai dan tidak menunduk. Namun begitu,sakit belakang di kalangan wanita tidak boleh dipandang ringan. Hal ini kerana wanita adalah tulang belakang keluarga..;-) Sekiranya kesakitan ini berlarutan,ia akan menyebabkan stress dan kemurungan sekaligus membawa kepada gejala yang lebih memudaratkan. Oleh itu, bertindak segera untuk mengatasi masalah ini. 
Ambil kalsium (Ostematrix) secukupnya sebelum parah atau anda boleh mengambil Set Sendi Shaklee untuk kesihatan sendi anda. 

Nota :
Tahukah anda setiap dewasa disarankan mengambil Kalsium 600mg hingga 1000mg untuk memenuhi keperluan tubuh. Oleh itu jelaslah bahawa ibu hamil memerlukan lebih daripada itu. Ostematrix diformula untuk mudah diserap oleh badan. Kalsium dari susu datang dari pelbagai sumber dan kemungkinan sukar diserap oleh badan. Namun dengan 4 biji Ostematrix sudah menyamai keperluan kalsium orang dewasa. Ostematrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi. Ia juga termasuk magnesium, vitamin D dan zink mineral, tembaga dan mangan, untuk membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan 4 biji sehari (sebiji mengandungi 250mg kalsium) sudah cukup untuk memastikan keperluan kalsium anda dan bayi mencukupi.

Jadi, jangan biarkan anda atau isteri anda melarat sakit belakang. 

Dapatkan sebotol Ostematrix hari ini dan bulan-bulan akan datang!!

wassup_0138214890

wassup_0138214890

SID anda
Noor Hasmah
1104421




Ulasan

Unknown berkata…
Memang terasa bila bila sakit belakang nie.
Saya kalau tersilap posisi masa susukan anak...mesti nak bangun rasa berat kat pinggang lebih-lebih labi bila dekat-dekat nak period.

Jom santai-santai join Giveaway
Giveaway Nurfuzie Dot Com #1

Boleh singgah baca artikal
Ostematrix
sihatvitamin berkata…
kan? samalah kita..tapi sejak amalkan ostematrix , kesakitan makin berkurang..thanks sbb sudi singgah..
Unknown berkata…
Sakit badan,sakit pinggang, sakit belakang semua ada..alhamdulillah ostematrix banyak membantu..

Mengapa Masih Sakit Belakang Selepas Bersalin
Awanama berkata…
Urutan tradisional
Untuk wanita dan ibu bersalin
Area sentul dan seluruh kawasan kuala lumpur.
Hubungi 013-2096836

Catatan popular daripada blog ini

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Lecithin dan Herblax Set Bajet Kurus Anda

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Bersua lagi kali ni. Kali ni nak cerita dan cerita lagi pasal kebaikan herblax dan lecithin shaklee. Inilah botol lecithin dan herb lax. Nak tahu tak apa kebaikan nya? Lecithin dan herblax merupakan combo kepada set bajet kurus. Selain da pat kuruskan b adan, herblax m embantu mereka yang ada masalah sembelit dan lecithin pula membantu membakar lemak. Ia merupakan kombinas i bakar dan buang.  Le cithin mengandungi 180 biji tablet da n perlu dima kan 6 biji sehari. Cara pem akanan 2 biji 3 x sehari yakni sele pas minum pa gi, selepas makan tengah hari dan se lepas makan malam. Ia memang untuk kegunaan selama sebul an. Harganya cum a Rm52.50 sahaja. Herblax pula men gandungi 120 biji tablet dan perlu dimakan 2 hingga 4 biji sehari dan ingat ya hanya makan 2 x seminggu sahaja..:-) D imakan sebelum tidur , biarkan ia bertindak dan ke esokan harinya a nda pasti membuang ..hehe..Harganya pula cuma Rm52.50 sahaja. Jom kita tengok

VITAMIN C SHAKLEE DAN KANDUNGAN UTAMA

Salam semua Hari ni nak kongsi lagi apa istimewanya Vitamin C Shaklee Saya memang penggemar setia vitamin c sejak mula kenal shaklee Vitamin C Shaklee bersifat Sustained Released Apa tu? Sus tained Release Vita C Plus Shaklee mengandungi 500mg vitamin c berpotensi tinggi yang dihasilkan daripada corn starch (sumber vitamin c semulajadi). Vitamin C yang dihasilkan ini mempunyai molekul yang sama seperti yang terdapat pada buah-buahan sitrus. Sistem "pelepasan  masa" pada setiap tablet vitamin c shaklee ini juga membolehkannya melepaskan vitamin c sedikit demi sedikit ke dalam tubuh untuk tempoh 5jam bagi memastikan bekalan yang berterusan bila mana ia diperlukan. Ia adalah bersamaan dengan memakan sebiji setengah oren untuk setiap 5jam ! *Ascorbic acid tu ape ?* Dalam istilah lain, vitamin c juga dikenali sebagai ascorbic acid. *Bioflavonoids tu ape pulak ?* Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam bu