Langkau ke kandungan utama

BAHAYAKAH TONSIL PADA KANAK - KANAK??

Assalamualaikum

Dengan niat untuk membantu ramai customer yang banyak bertanya pasal TONSIL, dipersembahkan :-) 

Banyak customer tanya anak2 mereka selalu kena tonsil..risau jugak kan..meh la baca. Semoga bermanfaat kepada kita semua
  
Apa itu TONSIL?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu ini terdiri daripada sejenis sel yang dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Ada 3 jenis tonsil yang terdapat dalam rongga mulut iaitu : 

1.Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2.Lingusl tonsils - tonsil dibelakang lidah
3.Palatine tonsils - tonsil di tekak

Apa itu RADANG TONSIL?? 

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan. Contohnya kelenjar limfati dileher boleh membengkak sekiranya terdapat jangkitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit. Oleh sebab itu, bila ada jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan membengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitid atau radang tonsil.

Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan. Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang. 

Pada usia awal kanak-kanak, saiz Tonsil akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau (flat). Apabila mereka mencapai usia persekolah, maka saiz kelenjar ini lama kelamaan akan menjadi semakin kecil.

TANDA TANDA KANAK-KANAK MENDAPAT RADANG TONSIL

Sila beri sedikit perhatian pada anak-anak anda bila mereka ada tanda sebegini. Bila mereka asyik merengek memberitahu anda ada sesuatu yang tidak selesa berlaku..PLEASE ALERT!!

1. Demam
2. Kesukaran untuk menelan
3. Bunyi suara serak/ganjil semasa bercakap
4. Nafas berbau
5. Bengkak pada kelenjar tekak
6. Tidur berdengkur/berbunyi
7. Sakit kepala dan sakit-sakit badan

KOMPLIKASI RADANG TONSIL

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil. Ini mungkin kerana time tu kebanyakan anak anak umur 2 tahun masih menyusu ibunya. Mereka yang kerap terkena adalah mereka yang berumur dalam lingkungan 5 ke 15 tahun.
BAHAYA KE TONSIL??

Macam mana nak tahu anak dah kena jangkitan virus atau bakteria? 

Perhatikan mereka. Sekiranya anak anda mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa, dia juga kelihatan cergas walaupun demam dan tempoh demam nya lebih lama, itu adalah jangkitan virus

Untuk jangkitan bakteria pula, anda anda akan kelihatan lemah tak bermaya tapi tempoh demam nya lebih pendek dan kemungkinan untuk dijangkiti  lagi adalah tinggi.

BAGAIMANA PRODUK SHAKLEE BOLEH MEMBANTU

Untuk sistem pertahanan badan, ada beberapa produk shaklee yang boleh membantu antaranya MEALSHAKE bagi kanak -kanak berumur 1-3 tahun. Ia adalah dalam bentuk serbuk dan berperisa vanila. Untuk 3 tahun ke atas saya syorkan Chewable Vitamin C dalam bentuk tablet yang senang dikunyah. Anda juga boleh mencuba Nutriferon Shaklee dalam bentuk serbuk yang ada 30 sachet dalam satu kotak. Untuk anak -anak boleh bagi  suku atau 1/2 sachet Nutriferon.


In shaa allah..setiap penyakit ada rawatannya. Selagi kita yakin, semuanya akan dipermudahkan. Mencuba lebih baik untuk mencegah!


Hubungi saya

Agen Shaklee anda
Noor Hasmah Jamaludin
0138214890

whatsapp saya untuk respon segera..

Pengedar Shaklee Kuching, Petra Jaya, Taman Sukma, Matang Jaya

  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Tips Anak Tertelan Barang

Aduh!! Mak mana yang tak risau kalau anak kecil apatah lagi yang berumur dalam lingkungan 1-5 tahun tertelan barang! Apa yang perlu dibuat? *Rilek *Jangan Panik *Bawa anak ke hospital Apa yang pihak hospital akan lakukan? X-ray dada (chest) dan abdomen (perut) x-ray akan menentukan dimana kedudukan barang tersebut. Sama ada di: - Esophagus (salur dari mulut ke perut) -Dalam perut -Ataupun dalam usus kecil/besar X-ray juga dapat estimate berapa besar benda tersebut dan menentukan apa yang patut doktor buat. Kebiasaannya barang yang ditelan akan masuk terus ke sistem penghadaman. Dari Esophagus, turun ke perut, selepas tu ke usus kecil dan ke usus besar. Sekiranya anak anda mengalami simptom : -batuk -susah bernafas -muka jadi kebiruan Itu merupakan tanda barang tersebut tersekat di salur pernafasan. Sekiranya anak anda mengalami simptom: -muntah -tidak dapat menelan makanan/minuman -sakit perut -berak berdar...