Langkau ke kandungan utama

Makanan Sebelum Kesakitan Bersalin Melanda

Assalamualaikum
Bila kita sudah ada rasa sakit nak bersalin, tentu tak tentu arah rasanya kan? Pusing kanan pusing kiri, baring salah, duduk pun salah..
Bila sakit kontraksi sudah menyerang, memang tak senang duduk dibuatnya. Hendak makan dan minum pun rasa tak lalu. Tapi ibu jangan lupa, makan dan minum penting untuk ibu bagi dapatkan sedikit tenaga. Selepas melahirkan bayi, ibu pasti akan terlalu penat dan letih. Jika tidak cukup bekalan makanan, ibu boleh diserang masalah 'angin' dan muntah beberapa jam selepas melahirkan bayi.
 
Kebanyakan ibu hamil berasa cepat lapar dan dahaga terutama di peringkat awal sakit bersalin. Jadi, jangan risau untuk makan sedikit snek kerana ia tidak akan membahayakan anda dan bayi. Sebenarnya ketika sedang bergelut dengan sakit kontraksi di bilik bersalin, ibu boleh mengunyah beberapa snek sihat atau minum sedikit air untuk memberikan kelegaan dan mengurangkan kesakitan. Tapi saya tak pernah cuba, sebab tak sabar nak lahirkan baby sebenarnya lebih mengatasi segalanya..hehe
 
Nak tahu tak apa jenis makanan yang boleh dimakan ketika ibu sakit di bilik bersalin?
 
Walaupun dibenarkan makan ketika sakit kontraksi, tetapi bukan bermakna ibu boleh makan semua jenis makanan seperti ayam goreng, rojak, nasi ayam, piza dan makanan berat lain. Perlu diingat makanan yang tinggi kandungan lemak boleh membuatkan perut terasa bertambah berat seterusnya ibu boleh cepat lelah dan lesu. Sementara makanan tinggi gula pula mudah dimakan dan memberikan tenaga pantas, tetapi tenaga tersebut segera hilang dan ia membuatkan anda cepat merasa letih.
 
Makanan berkarbohidrat pula bagus dimakan ketika hendak bersalin kerana ia mudah dihadam dan memberikan tenaga secara perlahan. Ini membantu anda melalui proses bersalin yang sangat meletihkan dan memerlukan banyak tenaga. 
 
Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang disarankan untuk ibu ketika hendak bersalin
 
1. Kurma
 
2. Sandwic
 
3. Bijirin
  
4. Capati, roti nan atau roti bakar
 
5. Yogurt
 
6. Sup
 
7. Biskut kosong atau kraker
 
8. Pasta
 
Makanlah dalam kuantiti sedikit tetapi kerap berbanding makan terus dalam kuantiti yang banyak. Makanan ini mengambil masa untuk hadam ketika bersalin, kerana peredaran darah tertumpu di rahim ibu berbanding perut. Ia menyebabkan anda berisiko untuk muntah jika makan dalam kuantiti yang banyak.
 
Sedikit snek dalam setiap sejam ketika anda dalam peringkat awal kelahiran akan membantu menyimpan banyak tenaga bagi kegunaan ketika hendak melahirkan bayi kelak.
Amalkan minum Esp Shaklee semasa mengandung untuk tenaga anda seharian.
Kepada bakal ibu yang pertama kali melalui pengalaman ini, saya doakan semoga berjaya dan ANDA BOLEH!!
Lepas ni, boleh lah guna Set Berpantang Shaklee pulak!
Saya jual SHAKLEE
Noor Hasmah
0138214890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...