Assalamualaikum
Pernah tak rasa kebas pada tangan atau kaki? Tahu tak kenapa ia terjadi? Normal ke kalau kita selalu rasa kebas?
Pernah tak rasa kebas pada tangan atau kaki? Tahu tak kenapa ia terjadi? Normal ke kalau kita selalu rasa kebas?
Semua orang pernah mengalami rasa kebas malah selalu tetapi kita jarang
memikirkan rasa kebas sebagai tanda penyakit. Malah kita
menganggap semua orang mengalami kebas!
Menurut Pakar Perunding Perubatan, Klinik Pakar Hospital Kuala
Lumpur, Datuk Dr. Ismail Merican kebas pada istilahnya adalah perasaan
kurang selesa atau ‘lemas’ terhadap pergerakan anggota badan yang
kadangkala menyebabkan rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian tertentu.
Jelas beliau, kebas dapat diklasifikasikan kepada dua keadaan.
Pertamanya kebas yang disebabkan oleh urat saraf. Jika urat saraf
tersebut mengalami gangguan seperti tertekan oleh badan kita, ia
menyebabkan kawasan urat saraf berkenaan merasa kebas.Sebagai contoh,apabila kita tidur, kadang-kadang kita tidak menyedari
bahagian lengan kita tertindih oleh badan kita sehingga menyebabkan
lengan kita merasa kebas apabila kita terbangun. Keadaan tersebut
disebabkan urat saraf kita terganggu kerana lengan kita tertindih
sehingga membuatkan aliran darah kita menjadi sempit dan itu
menyebabkan kita merasa kebas.
Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan
merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan
bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.Ini adalah perkara biasa yang saya alami selepas duduk terlalu lama.
Bagi mereka yang mengalami kemalangan kecil, mereka merasa kebas
untuk sementara waktu. Jika mereka mengalami kecederaan yang teruk,
kebas akan berlaku dalam jangka yang lebih lama. Jika terdapat anggota
badan seperti tangan terputus langsung rasa kebas akan hilang kerana
urat saraf telah terputus.
Sebab kedua adalah kerana berlakunya penyempitan
saluran darah akibat cara pemakanan atau tabiat yang menjejaskan
kesihatan. Orang yang mempunyai penyakit kencing manis, merokok dan
kadar kolesterol yang tinggi berpotensi menghidapi rasa kebas.
Bagaimana jika rasa kebas terjadi bukan sebab hal-hal di atas?
“Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah,
terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang
kekurangan kalsium."
“Biasanya penghidap penyakit penyakit kencing manis merasa kebas di
bahagian tangan dan kaki. Jika mereka sering merasa demikian, ia
menunjukkan mereka terkena penyakit kencing manis tidak terkawal.
Tindakan awal perlu diambil jika seseorang merasakan
tanda-tanda demikian antaranya ialah mengamalkan makanan seimbang
seperti sistem pemakanan pyramid yang dianjurkan oleh Kementerian
Kesihatan. Pesakit sebaiknya mengurangkan mengambil makanan yang
bergula, berlemak dan bergaram. Bagi mengurangkan kolesterol kita mesti
mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan sering melakukan senaman
dan memakan ubat yang disarankan.
Bagi orang-orang muda yang merasa kebas, mereka
sebenarnya tidak perlu mengambil vitamin. Pengambilan makanan
sayur-sayuran dan buah-buahan tertentu sudah mencukupi. Sumber makanan
tersebut sudah cukup baik untuk membekalkan vitamin dan mineral yang
diperlukan untuk badan.Tetapi sejauh mana makanan itu bersih dan selamat ketika ini, di tambah lagi dengan penggunaan baja dan racun serangga membuat sayur dan buah-buahan kini tidak seperti dahulu. Sebab itu perlunya juga vitamin untuk orang-orang muda masa kini.
Jika rasa kebas dialami oleh orang berusia 45 tahun ke atas, ujian
akan dilakukan dengan teliti untuk meneliti sebab-sebabnya. Ia
dijalankan bagi mengenal pasti keadaan pesakit tersebut jika dia
dikaitkan penyakit-penyakit berbahaya.
Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit darah tinggi, kencing
manis dan tidak merokok, kita akan cuba menyoal apakah makna kebas
sebenarnya bagi mereka, adakah ia berpunca dari hal-hal lain yang
menyebabkan kebas. Kadangkala kebas itu merupakan psikologi pesakit
sahaja. Jika mereka mengambil sesuatu jenis ubat yang biasa mereka
makan, rasa kebas itu akan hilang,” tambah beliau.
Adakah rasa kebas mempunyai kaitan
dengan beberapa jenis penyakit? Dr. Ismail menerangkan, “Jika
kanak-kanak sering mengalami rasa kebas ia berpunca dari masalah
kekurangan darah. Rasa kebas juga boleh menyebabkan petanda kepada
beberapa jenis penyakit. Jika seseorang itu merasa kebas sebahagian
badannya dari kepala hingga ke bawah, ia menandakan seseorang itu boleh
terkena stroke atau lama-kelamaan terkena angin ahmar.”
“Jika diteliti dari
kumpulan kaum yang terdapat di Negara ini, kita dapat melihat bahawa
kaum India dan diikuti orang Melayu lebih mudah terkena kebas serta
sakit jantung kerana kumpulan tersebut banyak memakan makanan berlemak,
bergula dan bergaram berbanding kaum Cina.”
Bagaimana Shaklee boleh membantu?
Ada 3 Vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah kebas-kebas ini iaitu :
B-Complex - yang membantu merawat sistem saraf dan pembentukan sel darah merah
Omega Guard - Minyak ikan yang berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf
Ostematrix - Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf
Okay, dah tahu ada supplemen yang boleh bantu atasi kebas tangan dan kaki ni kan..cubalah sekarang dan anda akan ketahui hasilnya sendiri.
Tak rugi mencuba!!
Anda nak beli? Boleh whatsapp saya
Noor Hasmah Jamaludin
013.821.4890
Pengedar Sah Shaklee
Pengedar Shaklee Kuching/Petra Jaya/Matang Jaya/Demak/Taman Sukma
Ada 3 Vitamin Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah kebas-kebas ini iaitu :
B-Complex - yang membantu merawat sistem saraf dan pembentukan sel darah merah
Omega Guard - Minyak ikan yang berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf
Ostematrix - Sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf
Okay, dah tahu ada supplemen yang boleh bantu atasi kebas tangan dan kaki ni kan..cubalah sekarang dan anda akan ketahui hasilnya sendiri.
Tak rugi mencuba!!
Anda nak beli? Boleh whatsapp saya
Noor Hasmah Jamaludin
013.821.4890
Pengedar Sah Shaklee
Pengedar Shaklee Kuching/Petra Jaya/Matang Jaya/Demak/Taman Sukma
Ulasan