Langkau ke kandungan utama

Bersunat - Perlu Atau Tidak?

Assalamualaikum

Sempena musim cuti ni tentu banyak ibu bapa yang nak anak mereka bersunat terutama ibu bapa yang ada anak lelaki dalam lingkungan umur 10 hingga 12 tahun. Kalau yang perempuan biasanya umur antara 3 bulan hingga 1 tahun. Kalau anak perempuan saya tak takut sangat tapi untuk anak lelaki saya memang trauma sikit.

Berkhatan atau bersunat adalah pembedahan kecil yang dilakukan bagi membuang kulit hujung (muncung) zakar. Tujuan utama ialah untuk menjaga kebersihan. Ia juga merupakan tuntutan dalam agama islam.

Ia biasa dilakukan ketika kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika mereka berumur 10 tahun ke bawah.


Apa kelebihan berkhatan buat anak lelaki?

1. Kebersihan - mengelakkan smegma
Kulit yang berlebihan pada hujung zakar amat sesuai untuk pertumbuhan kuman kerana ia sering cedera, lembap dan bersifat menakung. Ia menakung kotoran saki baki air kencing dan menghasilkan longgokan putih dan berbau busuk yang dikenali sebagai smegma.

Smegma ialah najis yang membatalkan air wudhu dan sembahyang. Ia juga menjadi faktor penyebab jangkitan kuman pada zakar. Dalam keadaan yang serius, ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan kesukaran membuang air kecil.

2.Elak jangkitan kuman salur kencing
Kajian juga membuktikan bahawa bayi yang berkhatan mempunyai risiko 10 kali lebih rendah berbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing pada kanak-kanak kecil adalah serius tanpa rawatan kerana ia boleh merosakkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan. 

3. Mengurangkan risiko kanser
Berkhatan juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, serta kanser serviks (pangkal rahim) dan payudara pada wanita. Telah dibuktikan bahawa kuman yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetuskanser serviks di kalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar da dipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan.  

Adakah anda bersedia anak anda dikhatankan?
Kalau tanya saya, jawapan nya TIDAK. mungkin saya rasa anak saya yang sulung tu belum puas bermanja lagi. Dahlah dia memang manja pun dengan kami. Kalau kena marah mesti merajuk atau menangis.

Tapi sebagai ibu, saya harus faham situasi ini. Sebabnya dia lebih bersedia dari saya. Asyik tanya bila nak bersunat? Huhu..Mak pula yang terlebih emo.

Prosedur berkhatan akan menjadi lebih mudah bila kanak-kanak berada dalam keadaan tenang dan faham apa yg dilakukan oleh doktor pada mereka. Maklumat yang tidak tepat akan menyebabkan kanak-kanak takut, malah ada yang cabut lari..hehe

Sebelum menyuruh mereka bersunat, kanak-kanak tersebut perlu diperiksa dahulu. Ini untuk memastikan zakar anak anda dalam keadaan normal dan tidak mempunyai penyakit hemofilia (penyakit gangguan pembekuan darah), tidak mengambil ubat yang boleh mengakibatkan pendarahan seperti aspirin atau warfarin, tidak menghidapi penyakit jantung reumatik dan penyakit lain seperti kencing manis, sawan, asma dan alahan. Kanak-kanak yang mempunyai masalah sebegini akan dirujuk kepada doktor pakar bedah bagi menentukan kaedah berkhatan yang sesuai dan selamat.

SELAMAT BERKHATAN ANAK-ANAK



     

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...