Langkau ke kandungan utama

CUACA PANAS - BAHAYA STROK HABA!!

Assalamualaikum semua


Sekarang ni semua orang sibuk cerita pasal strok haba

Tahu tak apa maksudnya?

Strok haba terjadi bila paras suhu badan kita adalah lebih 40.5 darjah celcius.

Ia terjadi akibat pendedahan yang berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas. Ia juga akan menjadi lebih teruk bila kita kurang minum air dan mengalami dehidrasi badan.

Bagimana produk shaklee boleh membantu mengatasi masalah ini?


Siapa Yang Berisiko?

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zainal Ariffin Omar, setiap individu berisiko menghadapi masalah kesihatan terutama yang berisiko ada penyakit tertentu. Dia turut menjelaskan STROK HABA adalah keadaan kesihatan atau penyakit berkaitan cuaca panas termasuk keletihan dan kelesuan akibat daripada panas.


"Malah mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan dan tentera serta kanak2 berumur 5 tahun ke bawah mudah diserang STROK HABA. Begitu juga dengan mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid, risiko berkali ganda terdedah kepada gejala berkenaan," katanya.

Orang ramai seharusnya mengelak memakai pakaian tebal dan ketat kerana ia boleh menghalang panas keluar, penyejatan atau pengeringan peluh. 

"Masyarakat memang sedar keadaan ini. Biasanya mereka akan mengambil langkah pencegahan awal. Setakat ini, tiada sebarang kes mengenai kejadian ini dilaporkan di negara ini," katanya yang turut menjelaskan negara lain terjejas termasuk di Asia Barat dan Afrika.  
Langkah Mengatasi

Apa yang penting, jangan sesekali mendedahkan diri dengan panas melampau, sebaliknya perlu menurunkan suhu badan dengan cepat untuk mengelakkan sawan, kerosakan organ atau kematian selain mengekalkan pernafasan mencukupi.

Ini boleh dilakukan dengan berada pada persekitaran yang sejuk, tidak berpakaian tebal dan kerap mandi. Mungkin anda boleh juga menggunakan pek ais diletakkan pada leher, ketiak dan pangkal paha.
Jadi, sentiasalah berwaspada pada orang sekeliling kita agar mereka terhindar dari strok haba ini. Pada yang mempunyai anak kecil jangan biarkan mereka bermain dalam cuaca yang panas. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti sakit kepala yang berdenyut atau mereka kurang berpeluh walaupun ketika suhu panas, cepat rawat anak anda dengan membawa mereka ke bilik yang berhawa dingin atau memberi mereka mandi. Paling baik biarkan mereka berendam. Ini untuk memastikan agar suhu badan mereka menurun. Beri Performance Drink Shaklee kerana ia boleh mengurangkan kehausan dan melembapkan kulit.
Jom order Performance Drink!!
Tak mahal mana pun kalau dibandingkan dengan nyawa mereka. Alah membeli menang mengamalkannya..Cuma RM82.50 sahaja
Selain tu, boleh lah bagi anak Chewable Vitamin C atau Chewable Vitalea. Ini perlu untuk imun badan anak anda
Boleh hubungi saya,
013.821.4890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...