Langkau ke kandungan utama

Tips Merawat Masalah Sakit Belakang

Assalamualaikum semua

Kali ni nak kongsi beberapa tips untuk merawat sakit belakang. Rasanya semua orang pernah menghadapi masalah ini. Mengangkat bebanan yang berat merupakan antara punca sakit belakang. Selain itu faktor umur juga antara sebabnya. Tapi kini, sakit belakang bukan sekadar untuk orang yang berusia atau warga emas sahaja malah orang muda juga.


Berikut merupakan beberapa tips untuk merawat sakit belakang

1. Kurangkan Baring

Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang menghidapi masalah sakit belakang jangka masa yang singkat mengalami kesakitan yang lebih jika mereka tidak kekal aktif dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan Mike Flippin, MD, pakar bedah tulang belakang di San Diego menyatakan bahawa sesiapa yang mengalami sakit belakang, perlu bergiat aktif dan kerap melakukan pergerakan badan. Jadi, sila kurangkan berbaring!

2. Banyakkan Senaman

Pergerakan dan senaman boleh membantu perkembangan tulang belakang. Tidak kiralah senaman apa yang anda akan lakukan, bahkan dengan sekadar berjalan bersiar-siar di taman boleh membantu mengurangkan masalah tulang belakang. Dengan berbuat demikian, anda boleh memperbaiki kedudukan badan, dan bukan hanya dengan duduk untuk jangka masa yang lama.

3. Membuat Aktiviti Dalam Kedudukan Yang Betul

Kebanyakan masalah sakit belakang juga boleh dikaitkan dengan kedudukan yang tidak tepat semasa beraktiviti, ini merangkumi cara anda duduk, berdiri, berlari ataupun tidur. Kedudukan yang tidak betul dan tepat dengan pergerakan yang anda lakukan boleh memberikan tekanan yang lebih kepada tulang belakang. Ini menyebabkan anda merasa sakit semasa melakukan perbuatan tersebut. Kesakitan itu boleh memberikan rasa sakit semasa ataupun selepas anda melakukannnya.

4. Dapatkan Bantuan Daripada Pakar

Mendapatkan panduan dan senaman yang khusus adalah perkara penting sekiranya anda ingin mengatasi masalah sakit belakang yang kronik.
Sakit belakang ini tidak boleh dirawat dengan satu jenis ubat dan senaman. Anda perlu mencari seorang pakar dalam tulang belakang dan mendapatkan nasihat daripada mereka. Minta mereka mencadangkan cara untuk memperbaiki masalah tersebut.

5. Kuatkan Anggota Badan Anda

Mempunyai otot yang kuat boleh membantu anda dalam mengatasi masalah sakit belakang. Selain itu dengan gabungan tulang belakang yang kuat, juga boleh membantu anda memperbaiki masalah sakit belakang. Dengan hal demikian, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai kuantiti protein dan kalsium yang tinggi. Dengan ini saya mengesyorkan Ostematrix Shaklee. 1 biji Ostematrix Shaklee bersamaan dengan 1 gelas susu kalsium tinggi bersamaan dengan 80 biji badam.

6. Meningkatkan Tahap Fleksibiliti

Memberikan tekanan yang tinggi kepada badan boleh menyebabkan masalah sakit belakang. Hal ini boleh diatasi dengan anda meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda. Dengan ini, badan anda boleh menyesuaikan diri dalam kebanyakan keadaan. Tingkatkan tahap fleksibiliti badan dengan senaman memanaskan badan, sepertimana yang anda lakukan sebelum melakukan senaman yang berat. Perkara yang perlu dititik beratkan adalah rengangan pada badan anda.

7. Kurangkan Memakai Pendakap Badan

Pendakap badan ataupun pendakap otot (braces) boleh menguatkan otot badan anda. Pendakap boleh memberikan tekanan kepada badan seperti mana aktiviti mengangkat berat. Anda boleh memakainya selama 15 minit dan berikan badan anda berehat seketika. Pemakaian yang berpanjangan akan menyebabkan badan anda lemah dan otot juga akan letih.

8. Ais dan Haba

Pad ais dan pad haba boleh melegakan otot semasa bersenam. Para doktor mencadangkan pemakaian pad ais 48 jam setelah mengalami kecederaan dan gantikannya dengan pad haba sejurus selepas itu.
Ais boleh mengurangkan rasa sakit belakang!

9. Tidur Dengan Posisi Yang Betul

Tidur yang cukup sangat penting, sama juga posisi semasa tidur. Sekiranya anda tidur dalam posisi yang tidak tepat ataupun tidur diatas tilam yang tidak sesuai, ini juga boleh menyebabkan anda sakit belakang. Mana mungkin tilam yang nipis memberi kesegaran pada tubuh badan anda. Gunalah tilam yang bersesuaian. Sekiranya anda dapati anda mengalami masalah tidur, mungkin beberapa tips ini boleh membantu:
  • Letakkan bantal di bawah buku lali anda. Ini boleh menetapkan posisi anda semasa tidur.
  • Elakkan tidur meniarap kerana boleh memberikan tekanan kepada belakang.

10. Berhenti Merokok

Selain menyebabkan kanser dan memusnahkan paru-paru anda, merokok juga merupakan salah satu penyebab masalah sakit belakang.Mengikut kajian  Jurnal Perubatan Amerika membuktikan bahawa perokok mempunyai kecenderungan untuk mendapat masalah sakit belakang berbanding dengan bukan perokok. Nikotin boleh menyebabkan pengecilan urat darah dan menghadkan oksigen kepada tisu-tisu yang memerlukan. Oleh itu ia menyebabkan rasa sakit dalam jangka masa yang lama.

11. Terapi

Emosi dan tekanan juga memainkan peranan dalam masalah sakit belakang. Dengan menjalani terapi, anda boleh meringankan kesakitan sakit belakang. Anda juga boleh merawat masalah ini secara total dengan kaedah dan pendekatan yang betul.

12. Teknik Penenang

Kajian membuktikan bahawa aktiviti seperti meditasi, mengambil nafas panjang, tai chi dan lain-lain turut membantu menghilangkan sakit belakang.
Emosi yang terganggu menyebabkan anda semakin sakit.

Selain cara diatas, saya juga mengesyorkan Set Sendi Shaklee. Ia membantu mengurangkan rasa sakit dan memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting yang menghubungkan tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi. Disamping itu ia turut membantu mengekalkan tulang yang kuat dan melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.



Selain Set Sendi, VIVIX SHAKLEE juga amat disyorkan apatah lagi untuk warga emas yang memang tidak suka makan pil dalam jumlah yang banyak :-)

Jom tengok testimoni mereka yang ambik VIVIX untuk masalah sendi mereka

Oh ya! Untuk pengetahuan korang, dengan membeli VIVIX TWIN PACK, anda bukan sekadar berjimat malah boleh daftar member dengan PERCUMA! Dapat pula bonus untuk bulan depan. Bestkan?? Nak tahu caranya?


Hubungi saya

013-821-4890

Nak beli Set Sendi ni sendiri?

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6e2eec9ca19c076736d19ac5426473af
atau boleh hubungi saya sendiri

013-821-4890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml (6o

Cara Pengambilan ESP SHAKLEE Dengan Betul

Assalamualaikum dan salam sayang semua pengunjung setia blog Noorzamris Hari ni nak cerita lagi tentang one of our best seller.. apa lagi kalau bukan  ESP ...!! SIAPA DAH JATUH CINTA DENGAN ESP??? yang dah cuba mesti jatuh cinta dengan ESP ni...  betul tak??? Saya pun dah jatuh cinta juga...hehe tapi,ada yang mengeluh kata macam mana nak jatuh cinta,nak bancuh pun tak tau macam mana..sabar ye...ni nak bagitau macam mana cara pengambilan yang betul untuk ESP ni supaya semua orang boleh cuba dan jatuh cinta dengannya...hehe banyak cara sebenarnya boleh bancuh ESP ni..mudah aje...cuma perlu ingat jangan bancuh dengan air panas dan jangan campur dengan minuman yang ada kafein.. CARA PENGAMBILAN ESP SHAKLEE: -bancuh 3 sudu besar ESP bersama air kosong atau campur ke dalam minuman kegemaran anda...kalu rasa 3 sudu besar tu pekat sangat,boleh bancuh sikit2... contohnya, pagi bancuh 1 sudu besar, tengahari 1 sudu besar dan sebelum tidur 1 sudu besar

Tips Pengambilan Terbaik Vivix

Vivix ®  Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ®  mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix sudah dipatenkan. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif hanya untuk Shaklee. Cara Makan Vivix Kaedah 1 Cara Pengambilan Vivix: 1 sudu teh sehari Ambil 1 sudu teh sebelum sarapan atau selepas bangun tidur. Vivix paling bagus diambil semasa perut kosong. Sekiranya anda penghidap gastrik, anda dinasihatkan mengambil vivix selepas makan. Pastikan anda minum air dengan banyak juga, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 1 liter air = 25 kg berat badan Sukatan 1 sudu teh diberikan adalah standard sahaja, sekiranya anda am