Langkau ke kandungan utama

Sentuh Hujung Kaki Untuk Tahu Anda Sakit Jantung Atau Tidak

Ada sebuah cara mudah untuk mengetahui jantung anda sihat atau tidak. Cara ini boleh anda lakukan di rumah, di masjid, bahkan ketika sedang bercuti pun anda boleh lakukan.
Caranya, duduklah di lantai dengan kaki diluruskan ke depan sehingga jari-jari kaki menghadap ke atas. Setelah itu, jangkaulah hujung jari kaki anda dengan tangan. Jika anda cukup fleksibel menjangkau hujung jari kaki dengan tangan, insya Allah jantung anda masih sihat.


Sebaliknya, jika anda susah untuk menjangkau hujung jari kaki dengan tangan, anda boleh pergi ke doktor pakar jantung atau pakar kardiologi untuk memeriksa keadaan jantung anda. Selain itu jika anda mengalami sakit di dada, sering mengeluarkan peluh dingin, dan tanda-tanda sakit jantung yang lain.Cara mudah mengetahui kesihatan jantung ini telah diterbitkan dalam jurnal Heart and Circulatory Physiology.Penyelidik dari University of North Texas dan sejumlah penyelidik Jepun melakukan percubaan dengan 526 peserta yang berusia antara 20 hingga 83 tahun. Responden kajian mengikuti ujian fleksibiliti tubuh sambil diukur tekanan darah, pembuluh arteri dan aktiviti jantungnya.Hasilnya, penyelidik mendapati korelasi antara tubuh yang tidak fleksibel dengan pembuluh arteri yang tidak fleksibel, terutama pada peserta di atas umur 40 tahun.Responden kajian yang gagal dalam ujian fleksibiliti tubuh dan gagal mencapai hujung jari kaki ternyata mempunyai pembuluh darah yang kaku, dan bermaksud keupayaan jantung menjadi kurang baik, berkesan dan risiko penyakit jantung pun meningkat.Dr Yamamoto menjelaskan, walaupun teori antara hubungan otot punggung dan kaki dengan otot di dekat jantung masih samar-samar, tapi dengan adanya kajian tersebut cukup membantu.Simpulan otot punggung, kaki dan pembuluh jantung yang saling berkaitan tersebut kerana komposisi kolagennya yang sama."Jika anda boleh menyentuh jari kaki ketika duduk lurus, itu bermakna jantung anda bermakna masih cukup baik. Tapi jika tidak boleh, mungkin anda perlu berjumpa pakar kardiologi," kata Dr Yamamoto seperti dikutip detikHealth.Namun Yamamoto menambah tidak semestinya otot kaku adalah petanda penyakit jantung, mungkin jantungnya kurang fit dan sihat saja dari yang seharusnya. [Siyasa / Tarbiyah.net]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...