Langkau ke kandungan utama

TIPS BERBUKA PUASA YANG SIHAT

Puasa bukanlah sesuatu yang membebankan sebaliknya ia mengajar kita banyak perkara. Bukan setakat puasa makanan tapi puasa dari menahan diri dari melakukan perkara yang tidak berfaedah. Puasa juga mengajar kita erti bersabar.

Setelah letih seharian berpuasa, dah tentu kita nak menghadapi saat saat berbuka dengan tenang. Tapi,saya rasa pasti semua dah lalui kalau time berbuka mesti kelam kabut nak sediakan itu ini. Tau tak apa yang patut kita buat time nak berbuka?


Kita digalakkan membanyakkan doa ketika hendak berbuka. Sesungguhnya bagi org yang berpuasa ketika saat berbuka adalah doa org yang tidak ditolak.
Jadi banyak banyakkan lah berdoa ketika nak berbuka. Apa lagi sunah ketika nak berbuka? Baca kat bawah ni;


Okay, itu sebelum berbuka..hihi..apa patut kita makan untuk berbuka?

Selepas niat berbuka puasa, mulakanlah dengan karbohidrat ringkas seperti segelas minuman manis dan beberapa biji kurma. Bagi mereka yang sedang dalam proses membina badan, atau dalam proses menurunkan berat badan, tetapi hendak memelihara otot sebanyak yang mungkin, bolehlah ambil satu hidangan protein bersama beberapa biji kurma (atau buah-buahan lain seperti pisang atau betik). Smooties pun sedap

Paling penting elakkan makan makanan yang berat terus kerana pada ketika ini badan kita berada pada fasa yang dikenali sebagai “Insulin Spike“, memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah sebab berpuasa. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan; ini akan mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak.

Beri masa kepada perut untuk ‘warm up‘, dan gunakan tempoh transisi yang ada untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum mencernakan sesuatu yang lebih berat, terutamanya makanan berminyak. Jangan dilupa juga 2-3 gelas air masak (atau air manis, jika kurma tidak diambil) untuk memastikan sel di dalam badan dihidratkan semula.

Inilah tips untuk berbuka puasa yang sihat. Jangan pula terus makan makanan yang berat okay. Nanti lepas makan tak larat pula.. 

Lupa pulak iolls, kalau nak beli produk shaklee, boleh lah hubungi saya

noor hasmah
www.wasap.my/6013-821-4890

#CVGProBlogger


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...