Langkau ke kandungan utama

APA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG KALSIUM?

Sejauh mana anda tahu mengenai KALSIUM? 

Kalau sebut kalsium, mesti ingat dengan TULANG kan. Kalsium lebih dari itu sebenarnya. Jom kita bongkar!

*KECANTIKAN KULIT*
Kalsium ialah salah satu elemen penting untuk badan untuk kesihatan tulang, gigi dan organ termasuk kulit. Kalsium kebanyakannya terdapat pada sel epidermis. Kalsium membantu badan mengawal penghasilan kulit yang baru bagi menggantikan kulit yang lama. Kandungan kalsium dalam kulit juga menentukan berapa cepat kulit anda akan diperbaharui. Oleh sebab itu, kulit yang kekurangan kalsium akan kelihatan nipis dan kering kerana kulit lama lambat tanggal & kulit baru lambat diperbaharui.

*KELEMBAPAN KULIT*
Kalsium bekerjasama dengan epidermis untuk menghasilkan sebum bagi mengekalkan kelembapan kulit. Menurut Palo Alto Medical Foundation, individu yang kurang kalsium tidak akan menghasilkan sebum yang cukup menyebabkan kulit mereka kering. Oleh yang demikian, pesakit yang menghidapi penyakit kulit kering yang kronik ketika musim sejuk atau eczema adalah digalakkan untuk menambah kalsium dalam diet harian mereka.

*ELAK KANSER*
Kalsium yang cukup juga membantu mengelak kanser menurut NCRI (National Cancer Research Institute). Kalsium yang terdapat pada kulit membantu mengawal penghasilan pigmen kulit yang berfungsi melindungi kulit daripada sinaran matahari melalui. Kalsium yang ada pada kulit menghasilkan antioksidan yang boleh melawan sel kanser muda. Kajian terbaru NCRI menunjukkan bahawa kurang kalsium dalam badan boleh menyebabkan kanser kulit. 

*TULANG*
Kalsium merupakan elemen binaan tulang anda. Doktor biasanya akan menyarankan pengambilan kalsium untuk membantu mengelakkan atau melambatkan pereputan tulang. Semakin tua, tulang semakin banyak lubang, tidak kukuh dan rapuh. 

*PENYEMBUHAN TULANG PATAH*
Pengambilan kalsium mempercepatkan proses penyembuhan tulang. Apabila tulang patah, doktor akan mengelakkan tulang tersebut daripada bergerak supaya hujung yang patah bersambung bersama. Kalsium akan dihasilkan di hujung bahagian yang patah bagi membantu penyambungan semula tulang. Jika anda kekurangan kalsium pada masa itu, penyambungan tulang akan mengambil masa yang lama. Supplemen kalsium menghasilkan lebih banyak kalsium untuk digunakan dalam penyembuhan tulang patah.

*KAJIAN SAINTIFIK*
Pada 2004, para pengkaji di Copenhagen menjalankan kajian ke atas 30 orang wanita berumur 58-88 tahun yang mengalami keretakan tulang. 
1/2 daripada mereka diberikan supplemen Kalsium & Vitamin D untuk 12 minggu manakala 1/2 lagi diberi ubat lain. Wanita yang mengambil kalsium dan Vitamin D mempunyai ketumpatan tulang yang tinggi berbanding wanita yang lain setelah 6 minggu.

*PERANAN VITAMIN D*
Vitamin D bertukar kepada calcitriol di dalam badan, sejenis hormon yang membantu tubuh untuk menyerap lebih banyak kalsium. TANPA VITAMIN D, pengambilan kalsium anda hanyalah SIA-SIA. Kajian Copenhagen tersebut menunjukkan bahawa pengambilan kalsium & Vitamin D membantu penyembuhan tulang dengan lebih baik!!

*OSTEMATRIX?*
Dah tau dah inilah sumber kalsium terbaik. Ambil 4 biji setiap hari dah dapat 1,000 mg kalsium & 400 IU Vitamin D. 

Nampaknya ostematrix yang kita ambil menyokong Kajian Copenhagen. Tidak sia-sia kita ambil ostematrix rupanya ya..saya memang falling in love lah dgn ostematrix shaklee.

Jangan ingat Vitamin E & C saja untuk cantikkan kulit. Sebab tu la kadangkala ada yang sampai abis losyen, abis dah Vitamin C & E, buah dah berkilo-kilo makan, tapi kulit kering jer. Mungkin sebabnya *KEKURANGAN KALSIUM!!*
 ðŸ˜±ðŸ˜±ðŸ˜±

Nak dapatkan kalsium yg tiada bandingan ni? 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...