Langkau ke kandungan utama

BUANG SIKAP NEGATIF

*Sesuatu yang mengganggu kejayaan kita atau apa-apa yang memberi impak negatif dalam kehidupan kita adalah dari pandangan buruk terhadap diri kita sendiri*

Berfikiran negatif hanya akan membuatkan hidup kita menjadi sukar, sedih  dan cemas sehingga stress dan menimbulkan pelbagai penyakit.

*Fikiran Negatif Hilang, Hati Senang*

Macam mana kita nak hilangkan fikiran-fikiran negatif agar kita dapat menikmati hidup yang penuh warna warni ini.

*1. Katakan Hal-Hal Positif Pada Diri Kita Sendiri.*
~ Katakan pada diri kita bahawa kita kuat,kita mampu,kita hebat. Ucapkan kata-kata tersebut terus menerus. Mulakan hari dengan mengatakan hal-hal positif tentang diri sendiri pada hari itu. Walau apa pun kesusahan/kesulitan hari tersebut percaya pada diri sendiri bahawa kita mampu mengatasinya.

*2. Percaya Pada Kekuatan Positif*
~ Berfikir tentang perkara2 positif. Apa  yang kita pikir, akan menjadi magnet dlm kehidupan kita. Bila kita fikir hal-hal positif kita akan menarik aura2 positif dalam hidup kita.

*3.Fokus Pada Kehidupan/Perkara2 Positif, Bersyukur*
~ Ketika kita sedang berfikiran negatif, seringkali kita lupa akan apa yang kita miliki & lebih fokus pada apa yang kita tidak miliki.
~ Buat 1 jurnal rasa syukur. Setiap hari tulis 5 atau 6 perkara hal positif yang terjadi pada hari tersebut. Hal2 positif boleh jadi kejadian2 yang besar atau cuma hal2 yang kecil seperti hari yang cerah atau pagi ini dapat senyum dekat semua orang . Asalkan anda konsisten melakukan hal2 tersebut dan mampu mengubah fikiran negatif menjadi positif.Dan bila, kita mulai rasai aura negatif, baca jurnal tersebut semula.

*4.Ubah Cara Pandang*
~ Bila sesuatu kejadian tidak berjalan baik. Jangan pandang sesuatu perkara itu dari sudut negatif. Cari cara untuk melihat hal tersebut dari sudut pandangan positif.
*5. Buang Semua Aura Negatif*

~ Buang segala aura negatif,buruk sangka, iri hati, ego ke dalam tong sampah. Tulis ayat2 negatif dalam kertas buruk dengan perasaan kita tulis gumpalkan dan campak ke dalam tong sampah jauh2 dengan niat buang semua sifat tersebut dari dalm diri kita.

#CVGGroup

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...