Langkau ke kandungan utama

Kisah Penjual Tauhu

*Kisah Penjual Tauhu.*

Ada sorang peniaga tauhu yg setiap hari dia pergi jual tauhu dia kt pasar. Untuk sampai pasar, dia kena naik kenderaan awam.
Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui padang sawah.
Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual.
Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Barang dagangannya selalu habis dijual.

Satu hari tu, semasa dia lalu di sawah nak menuju ke jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah tersebut. 

Habis semua tauhunya jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan aje keuntungan, modal pun habis. 

Dia mengeluh kepada Allah, bahkan menyalahkan Tuhan, mengapa dia diberi ujian sampai mcm ni sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi tu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhu yg sdh rosak dan penyek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur kerana ia hanya utk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja. Terus peniaga itu menangis kerana tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik itu.

*PENGAJARANNYA*

Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yg jauh lebih baik dari yg diminta.

Allah Maha Mengetahui keperluan kita jika dibandingkan dengan diri kita sendiri.
Sebab tu, janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh jugak, apalagi mengutuk! 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan manusia tidak mengetahui” (Al Baqarah ayat 216).

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”

#CVGGroup

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...