Langkau ke kandungan utama

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MENGAWAL GULA DALAM DARAH

Bagaimana Vivix Membantu Mengawal Penyakit Diabetes


Assalamualaikum

Produk ini bukanlah ubat kencing manis. Tetapi Vivix Shaklee adalah supplemen yang dapat membantu mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah.

“Kencing Manis Hilang Dalam Masa 7 Hari” atau “Makan Ubat Ini Kencing Manis Akan Hilang 100%”

Tahukah anda ubat kencing manis sehingga sekarang belum lagi terhasil. Vivix Shaklee adalah supplemen yang membantu mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah

Justeru, bagaimana Vivix Shaklee boleh membantu mengawal penyakit diabetes? 

Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin 

Antioksidan yang terkandung dalam vivix dapat membaikpulih sel dan dalam masa yang sama menjadi pelindung kepada sel tubuh. Justeru, pengambilan secara konsisten membantu mencegah sindrom metabolik disebabkan oleh kerosakan gen sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kencing manis menjadi semakin parah.

Membantu Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah

Pencernaan karbohidrat akan menghasilkan tenaga gula yang menjana tenaga untuk tubuh manusia. Harus diingat, pengambilan karbohidrat yang tak terkawal akan menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah sekaligus berisiko untuk diabetes. Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine yang akan memperlahan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee dan dapat menyumbang mencegah kandungan gula berlebihan dalam darah yang menyebabkan diabetes.

Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.

Perkara yang sering menghantui pesakit diabetes dan seharusnya waspada kepada yang sihat ialah pesakit diabetes berisiko untuk hilang daya penglihatan dan apabila terluka ianya lambat sembuh dan sehingga satu tahap kaki terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam menjaga dan memperbaik penglihatan mata dan membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera.

Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE

Apabila gula dalam tubuh berlebihan ia berisiko untuk membentuk Protein AGE (advanced glycation end products) dan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes. Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.

Jom kita tengok testimoni mereka yang telah mengambil vivix sebagai supplemen dan kesan kepada penyakit diabetes yang dihadapinya



Alhamdulillah..memang seronok dengar customer cakap bacaan gula dah turun, badan pun sihat, mata pun terang :-)

korang tak nak ke hadiahkan untuk mak ayah? boleh beli kat sini tau..klik ja SINI

Atau boleh terus hubungi saya

013-8214890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...