Assalamualaikum
Bahayakah Pendarahan Semasa Hamil? Pendarahan semasa hamil macam biasa didengar terutama semasa trimester pertama dan ia selalu dikaitkan dengan keguguran.
Namun begitu pendarahan semasa hamil juga boleh menjadi sesuatu yang serius, jadi amat penting untuk mengetahui penyebab dan dapatkan pemeriksaan dari doktor untuk memastikan anda dan kandungan adalah sihat.
Pendarahan Trimister Pertama
-Kira-kira 20% daripada wanita mengalami sedikit pendarahan semasa hamil dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan.
Punca menyebabkan ianya terjadi :
1.Pendarahan implantasi/penempelan
-Anda mungkin mengalami pendarahan biasa dalam tempoh 6 hingga 12 hari pertama selepas anda hamil kerana telur yang telah disenyawakan menempel sendiri pada lapisan rahim.
-sesetengah wanita kadangkala tidak menyedari mereka mengandung kerana mereka menyangka pendarahan ini adalah kedatangan haid yang sedikit. Biasanya pendarahan adalah sedikit seperti tompokan coklat atau pink dan tahan lebih dari beberapa jam ke beberapa hari.
2.Keguguran
-keguguran biasanya berlaku dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Ia cenderung untuk menjadi salah satu punca utama pendarahan semasa trimester pertama.
-Kira-kira 1/2 daripada wanita yang mengalami pendarahan semasa kehamilan akhirnya keguguran. Tapi, ini tidak bermakna jika anda mengalami pendarahan anda akan keguguran, terutamanya jika anda tidak mempunyai apa-apa simptom lain keguguran.
-Simptom lain keguguran adalah kekejangan yang kuat dibahagian bawah abdomen dan terdapat cebisan tisu atau ketulan darah yang keluar.
3.Kehamilan Ektopik
-Kehamilan ektopik adalah keadaan dimana embrio yang telah disenyawakan menempel atau implantasi di luar rahim, kebiasaanya dalam tiub fallopio.
-Jika embrio terus membesar, ia akan menyebabkan tiub fallopio pecah dan membahayakan nyawa ibu.
-Walaupun kehamilan ektopik berbahaya, ia hanya berlaku pada kira-kira 2% daripada kehamilan
-Sekiranya ia berlaku diperingkat awal ianya masih boleh diselamatkan tetapi jika tiup pecah berkemungkinan ianya perlu dibuang sebahagian
4.Kehamilan Molar
-Juga dipanggil penyakit kehamilan trophoblastic adalah satu keadaan yang sangat jarang berlaku, di mana tisu yang tidak normal tumbuh dalam rahim dan bukannya pada bayi.
-Sesetengah kes, tisu tersebut adalah sel-sel kanser dan boleh merebak ke bahagian badan yang lain.
5.Perubahan serviks
-Semasa mengandung, darah lebih banyak mengalir ke serviks. Apa saja sentuhan atau geselan pada pangkal rahim boleh mencetuskan pendarahan. Walaubagaimanapun, pendarahan semasa hamil ini tidak membimbangkan.
6.Jangkitan
-Apa-apa jangkitan serviks, faraj atau jangkitan kelamin seperti chlamydia, gonorrhea atau herpes boleh menyebabkan pendarahan semasa hamil pada trimester pertama
Pendarahan Dalam Trimister Kedua Dan Ketiga
-Pendarahan idak normal di peringkat akhir kehamilan mungkin lebih serius kerana ia boleh memberi tanda-tanda masalah yang mungkin akan dialami ibu atau bayi.
-Segeralah berjumpa doktor jika anda mengalami pendaraha pada trimester kedua atau ketiga
Apakah punca pendarahan semasa akhir kehamilan?
1.Plasenta Previa
-keadaan ini berlaku apabila plasenta terletak rendah di rahim dan sebahagian atau sepenuhnya meliputi permukaan saluran kelahiran
-Plasenta previa adalah sangat jarang berlaku semasa trimester ketiga, ia biasa berlaku 1 dalam 200 kehamilan.
-Pendarahan plasenta previa boleh jadi menyakitkan dan memerlukan rawatan doktor dengan segera
2.Placental Abruption
-Placental abruption adalah keadaan dimana plasenta terpisah sepenuhnya atau separa daripada dinding uterus sebelum bayi anda dilahirkan.
-Keadaan ini akan menyebabkan bayi anda terputus bekalan nutrien dan oksigen. Lebih serius ia boleh menyebabkan pendarahan yang teruk dan membahayakan nyawa ibu dan bayi anda
-Statistik menunjukkan Placental Abruption berlaku kira-kira 1 dalam 150 kehamilan. Kebiasaannya ia berlaku pada trimester ketiga dan boleh juga berlaku bila bila masa selepas 20 minggu kehamilan
3. Rahim Pecah
-Dalam kes yang jarang berlaku, parut dari kelahiran secara pembedahan (caserean c section) sebelum ini boleh tebuka semasa mengandung. Rahim pecah boleh mengancam nyawa ibu dan bayi. Sekiranya ini berlaku, pembedaham kecemasan perlu dilakukan.
-simptom lain rahim pecah adalah kesakitan dan ketegangan dalam abdomen.
4. Kelahiran Pramatang
-Pendarahan vagina di akhir kehamilan merupakan tanda bahawa badan telah bersedia untuk bersalin. Beberapa hari atau minggu sebelum bersalin, mukus plug yang meliputi pembukaan rahim akan keluar dari vagina dan biasanya akan mempunyai sejumlah kecil darah didalamnya (ini dikenali sebagai "bloody show")
-Jika pendarahan dan simptom bersalin bermula sebelum minggu ke-37 kehamilan, hubungi doktor dengan segera kerana anda mungkin melahirkan bayi pramatang.
-Simptom lain kelahiran pramatang termasuk kontraksi, keputihan (vaginal discharge), tekanan pada perut dan sakit belakang di bahagian pinggang.
Antara sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan semasa hamil ketika trimester kedua dan ketiga adalah:
-kecederaan pada faraj
-polip
-kanser
Sekiranya ada tanda-tanda seperti kat bawah segeralah berjumpa dengan doktor agar pemeriksaan dapat dilakukan lebih awal untuk mengelakkan situasi yang lebih serius atau mengancam nyawa berlaku
*sakit yang teruk atau kekejangan melampau dibahagian bawah perut
*pendarahan yang teruk sama ada sakit atau tidak
*vaginal discharge yang mengandungi tisu
*pening atau pengsan
*demam melebihi 38 darjah celcius atau kesejukan
Sentiasa alert pada diri sendiri agar kesihatan anda lebih terjamin
Makan makanan yang berkhasiat dan jagalah kesihatan
Sekiranya anda berminat dengan set kehamilan shaklee dan ingin membuat pembelian, sila klik sini
Untuk pembelian set berpantang shaklee klik sini
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan produk shaklee boleh hubungi saya www.wasap.my/60138214890

Ulasan