Langkau ke kandungan utama

FAKTOR YANG MENYEBABKAN NAJIS @ SEMBELIT BERDARAH

Assalamualaikum

Berapa ramai di kalangan kita yang mengidap sembelit atau berak berdarah?
Statistik menunjukkan 12-19 peratus rakyat malaysia mengalami masalah sembelit. Kalau sembelit biasa memang tak hairan sangat lah kan. Bagaimana pula kalau sembelit itu disertakan dengan berak berdarah?


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita berak @ sembelit berdarah
Apa yang perlu dibuat jika ini berlaku pada kita? Segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya sembelit berdarah adalah : 

1. Buasir
-Buasir biasanya disebabkan oleh luka dibahagian lubang dubur. Darah yang keluar adalah darah segar dan tidak bercampur dengan najis serta menitis-nitis selepas selesai membuang air besar. Kadang kala pesakit akan merasa seperti ada benjolan benjolan kecil dilubang dubur dan mengalami kegatalan di sekitar dubur.

2. Divertikulum
-Pesakit biasanya mengadu ingin membuang air besar, namun yang keluar hanyalah ketulan darah yang seakan darah haid wanita. Tapi, kebiasaannya darah segar yang keluar tanpa najis. Pesakit akan sering sembelit ketika membuang air besar.

3. Kanser Usus
-Merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia. Antara simptomnya seperti berak berdarah tapi tidak sakit ketika membuang air besar. Najis bercampur darah, sembelit berpanjangan, cirit bercampur darah, terasa ingin membuang air besar namun tiada najis.

4. Polip
-Merupakan sejenis ketumbuhan daging yang terdapat disepanjang usus. Bahayanya polip, ia boleh menyebabkan kanser usus (bergantung kepada biopsi) Semakin dekat polip dengan bahagian dubur, semakin merah segar pendarahan yang berlaku.

5. Angiodiplasia
-Merupakan pembuluh darah kecil yang terdapat disepanjang usus. Ia boleh terluka dan menyebabkan berak berdarah. Pendarahan yang berlaku dimulai dengan warna merah segar sehingga kehitaman, bergantung kepada lokasi pembuluh darah yang luka

6. Keradangan Usus
-Kebiasaannya pesakit mengadu mereka mengalami cirit bercampur darah atau najis lembut bercampur darah. Secara amnya, keradangan usus ini berlaku disebabkan oleh kuman.

7. Ubat
-Tedapat juga ubat yang menyebabkan berak berdarah. Contohnya ubat pencair darah - warfarin dan aspirin

Sekiranya anda mengalami keadaan seperti diatas saya syorkan agar anda berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut boleh dilakukan.

Antara pemeriksaan yang biasa dilakukan oleh doktor ialah : 

1.Pemeriksaan abdomen
2.Pemeriksaan dubur
3.Proktoroskopi
4.Endoskopi
5.Colonoskopi
6.Sigmoidoskopi

 Di atas adalah salah satu cara pemeriksaan colonoskopi dibuat. Ngeri kan? 

Bagaimana produk shaklee boleh membantu?

Vivix - Polifenol dan resveratrol didalamnya membantu memperbaiki sel sel yang rosak sehingga ke peringkat DNA. Ia juga membantu melawaskan proses pembuangan air besar. Selain membantu memberikan kesihatan menyeluruh kepada badan kita

Omega Guard - membantu mengatasi masalah keradangan akibat sembelit dan menyebabkan luka. Ia juga membantu mengecutkan salur darah yang bengkak.

Ostematrix - membantu melancarkan proses pembuangan dan memberikan kesan kelegaan.

Alfalfa - membantu menjaga kesihatan usus supaya tidak memberikan tekanan kepada bahagian rektum

Vitalea - mengandungi zink yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka yang berlaku di sekitar dubur.


Apa yang paling penting sekiranya mengalami keadaan begini, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Supplemen hanya sebagai pembantu dan ikhtiar sahaja.

Sekiranya anda berminat dengan produk di atas, sila berhubung dengan saya untuk pertanyaan lanjut






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...