Langkau ke kandungan utama

Kaedah Implan Untuk Merancang Keluarga

Assalamualaikum semua

Ekonomi dan kesihatan merupakan antara faktor yang membuatkan wanita mengambil kaedah untuk merancang keluarga.

Merancang sendiri mungkin ada risiko jika tersalah hitung hari subur, hari period, akibatnya boleh mengandung semula pada masa yang tidak diingini. Kata orang kalau allah nak beri rezeki memang kita sebagai hambanya tidak dapat menolak tetapi bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan usaha untuk merancang memang perlu.


Antara kaedah merancang keluarga yang agak popular ialah kaedah implan. Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, kesan sampingan yang minima dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati. Antara kaedah terkini yang semakin mendapat perhatian namun belum diketahui ramai adalah Implan.

Implan berbentuk rod kecil yang dipasang di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas. Ia merupakan kaedah hormon yang sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan. Pada keadaan biasa, wanita yang menggunakan implan akan kembali subur serta merta selepas alat tersebut di keluarkan. Implan juga tidak mengganggu hubungan seks

Implan adalah rod plastik kecil sebesar batang mancis yang mengandungi hormon sintetik progestin iaitu menyerupai hormon semulajadi progestrogen dalam badan wanita. Saiz, bilangan dan kandungan hormon progestin dalam rod ini berbeza-beza bergantung kepada jenis implan yang digunakan.

Apabila rod ini dimasukkan di bawah lapisan kulit, ia akan mengeluarkan hormon progestin secara perlahan-lahan di dalam badan pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.  Ia bertindak untuk mencegah ovulasi dan menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma. Implan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, walaubagaimanapun jenis implan yang terdapat di Malaysia pada masa kini mempunyai jangkahayat untuk tempoh 3 tahun sahaja.

Bagaimana implan dimasukkan?

Dengan menyuntik anestetik (ubat bius) pada kulit di bahagian lengan atas pada tangan  yang tidak dominan. Kemudian, alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implan di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit.

Jika dimasukkan pada waktu yang sesuai mengikut kitaran kesuburan wanita, kesan kontraseptif dapat berfungsi dengan segera. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mempastikan ia dimasukkan dengan betul dan dapat berfungsi dengan baik serta mengurangkan risiko jangkitan pada bahagian yang dimasukkan.


Pemilihan kaedah bergantung kepada keadaan individu. Ia mengambilkira faktor umur, masalah perubatan, penyusuan ibu, pengambilan ubat-ubatan dan lain-lain.Dapatkan nasihat mengenai kaedah kontraseptif yang paling sesuai daripada doktor atau petugas kesihatan sebelum membuat pilihan.

Apakah hukum menggunakan implan dalam islam?

Hukum menggunakan kaedah implan dalam islam adalah harus kerana ia bersifat sederhana. Islam memberi keharusan sekiranya ada sebab seperti isteri terlalu lemah kerana sakit atau salah seorang pasangan membawa penyakit keturunan atau kehamilan kerap yang memberi kesan pada jiwa dan kesihatan isteri.

Kesan penggunaan implan?

Kesan awal yang mungkin di alami adalah pusingan haid yang tidak teratur, pendarahan yang berpanjangan atau tiada haid untuk beberapa bulan. Ini  semua bergantung kepada individu itu sendiri.

Walau apa pun kaedah merancang yang anda ingin gunakan, pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu

Nak beli produk shaklee?

boleh hubungi saya

https://www.facebook.com/noor.hasmah

www.wasap.my/60138214890




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...