Langkau ke kandungan utama

MERAWAT PAYUDARA BENGKAK

Payudara bengkak sering terjadi semasa dalam tempoh berpantang. Anda akan mendapati payudara anda penuh, sakit, membengkak dan berdenyut.

Kenapa keadaan ini boleh berlaku? Adakah semua ibu yang baru bersalin menghadapi masalah yang sama?

Bukan semua ibu mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.

 Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu tanda anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda
  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia selesa dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting anda keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabar, dan teruskan mencuba!
  • Jika buah dada anda terlalu penuh dengan susu, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol.

Berapa lamakah payudara bengkak akan berlanjutan?

Kebiasaannya ia boleh berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien akan membantu anda mengatasi masalah ini
Jika anda memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin akan mendapati payudara anda menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanyalah ubat penahan sakit dan pakailah coli sokongan yang baik.
Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada.
Bagaimana Lecithin membantu mengatasi masalah payudara bengkak?
 
Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat. Ini kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Lecithin ialah sejenis pengemulsi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai aditif makanan, dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan.
Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang laporan dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu.

Apakah cadangan dos Lecithin Untuk Rawatan Blocked Milk Duct

Pakar laktasi Kelly Bonyata (IBCLC) dalam artikelnya mencadangkan Lecithin sebagai rawatan recurrent plugged ducts. Dos yang dicadangkan ialah:
  • 3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.
  • Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang blockage, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.
  • Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada blockage juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.
Penting: Ibu mungkin perlu teruskan makan 1,200 – 2,400mg kapsul Lecithin sehari selama yang mungkin, jika sekiranya dengan menghentikan pengambilan Lecithin akan menyebabkan pembentukan duktus tersumbat lagi.

Mari kita lihat antara testimoni mereka yang telah menggunakan lecithin bagi merawat masalah bengkak susu mereka.







Tunggu apa lagi?
Sekiranya anda mengalami masalah bengkak susu, JANGAN tunggu lama lama
Bertindak segera
Hubungi saya
Noor Hasmah
SID 1104421
013-8214890

Ulasan