Langkau ke kandungan utama

PERLUKAH MENTOR DALAM BISNES?

Perlu sangat ke mentor dalam bisnes ni?

Rasanya dalam apa jua yg kita buat pun perlukan mentor kan?

Nabi Muhammad SAW sendiri bermentor dengan Bapa Saudaranya Abu Talib lebih daripada 10tahun dalam bidang perniagaan.
Inikan pulak kita yang biasa biasa ni. Masuk sekolah bermentor kan cikgu, nak berbisnes kenalah bermentor dengan org yang dah berjaya..betul tak?

siapa pernah baca atau dengar kisah Qabil?manusia pertama yg melakukan pembunuhan. Dia pun bermentorkan seekor burung untuk belajar kebumikan mayat.

Jadi mari fikir balik. perlu tak mentor dalam bisnes Shaklee kita ni?
Sangat perlu sebenarnya. Jiwa kena kuat kena mental. Mana boleh kita terus nait atas tanpa halangan kat tengah jalan?

Masih belum kuat point tu? "Alaaa... sekarang nak dapat apa2 ilmu klik je. semuanya dihujung jari. "

Ya betul. tak dinafikan. sekarang google saja semua depan mata.

Bayangkan masa sekolah dulu. Korang nak jawab SPM. Korang memang akan dibekalkan buku teks, buku rujukan dan buku latihan. Macam2 lagilah bahan bacaan untuk tujuan korang lulus SPM tu. Tapi kenapa perlu ada Cikgu?

Sebab walaupun ilmu kita boleh dapat dari pelbagai cara. Tapi Kita still kena akui kita perlukan seseorang yg lebih pengalaman, lebih tahu untuk ajar kita, untuk tanda peperiksaan kita. Baru kita tau kita lulus atau tak. Betul?

Macam tu juga dalam bisnes  Kita boleh dapat ilmu pemasaran contohnya, dari pelbagai sumber atau tempat. Tapi kita perlukan seseorang utk nasihat kita, Tanya progress bisnes kita, bagitau kita apa yg perlu dan tak, bagitau kita apa yang betul apa yg kurang tepat.

Siapa mentor kita dalam bisnes Shaklee kita ni? Upline2 kita.

Mereka dah jalan dekat jalan yg kita nak jalan. Mereka dah tau jalan tu selamat atau tak.

Jadi kalau kita rajin bertanyakan dia. Ianya akan kurangkan risiko kesilapan dan kegagalan. Dapat jimatkan waktu, tenaga dan duit berbanding kita buat try n error.

Upline korang memang takkan paksa korang buat sales. Sebab mereka pun tak dipaksa. masing2 yang kena ada kesedaran sendiri.

Dalam Shaklee tak ada istilah "downline nak mati kerja, upline kaya raya" No! No! No!

So jangan ada yang fikir "Malaslah buat sales, nnt upline aku kaya" Sendiri yang rugi. Kalau tak percaya gi tanya upline korang. Nanti dorang tengok muka korang dan cakap "ada aku kisah" 🤣

Moralnya kat sini selain kena usaha sendiri kita perlu rujuk dengan orang yang lebih pakar dari kita.

Good luck semua

Ada yang nak cari mentor?

Jom kita bersama sama

#CVGGROUP
#pengedarsahshaklee

#shakleepetrajaya
#shakleematang


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...