Langkau ke kandungan utama

10 Tanda Kehamilan Yang Anda Patut Tahu

Saat kehamilan adalah saat yang paling ditunggu especially buat isteri yang telah lama berkahwin dan isteri yang menginginkan kehamilan yang cepat lepas berkahwin

Bakal ibu akan berdepan dengan banyak perubahan fizikal dan emosi selepas mengetahui dirinya hamil. 

Semua bakal ibu mahu menjalani kehamilan yang normal dan melahirkan anak tanpa sebarang masalah.
Tindakan yang perlu diambil apabila anda menghadapi masalah kehamilan, segeralah berjumpa dengan doktor

10 tanda kehamilan yang anda perlu alert demi kesihatan anda dan bayi

1. Kelahiran pramatang
Sakit abdomen berserta dengan sakit yang memulas-mulas yang berulang dan berlarutan.
Ada juga yang merasakan kesakitan itu melarat sehingga ke pinggang.
Rahim akan mula mengecut dan pangkal rahim akan mengembang dan membesar sebelum umur kelahiran 37 minggu.
Jika tidak dikawal, ini boleh menyebabkan bayi di dalam kandungan keluar sebelum tiba masanya. 
Tetapi banyak ibu baru boleh terkeliru antara kontraksi sebenar dengan yang palsu.
Kontraksi palsu ini dipanggil kontraksi Braxton-Hicks. Ia adalah kontraksi yang tidak dapat diramal, tidak berpola, tidak bertambah sakit dan biasanya akan reda.
Kontraksi yang sebenar akan berulang dalam kitaran kira-kira 10 minit atau kurang, dengan peningkatan dari segi kesakitan dan kekerapan.
Tindakan yang perlu diambil: Ibu hamil perlu mementingkan keselamatan bayinya.
Jika ibu hamil mengalami kontraksi terutamanya sebelum tarikh untuk melahirkan anak, jumpalah doktor anda. Doktor akan memeriksa ibu hamil dan bergantung kepada keputusan doktor, anda mungkin perlu rehat di wad untuk pemerhatian.
Selalunya doktor akan cuba untuk memanjangkan kehamilan bagi mengelak kelahiran pramatang.
2. Lendiran dari faraj
Lendiran dari faraj sama ada ianya berbentuk lendir pekat, cecair yang cair atau bercampur dengan darah.
Apatah lagi darah yang keluar adalah darah yang merah!
Semuanya tidak boleh dipandang ringan, kerana ia boleh menunjukkan jangkitan faraj, air ketuban bocor, atau kelahiran pramatang.
Tetapi darah bercampur lendir atau spotting selepas minggu ke-37 dan peningkatan lendir adalah normal dan mungkin menunjukkan bahawa anda akan bersalin.
Tindakan yang perlu diambil: Beritahu doktor jika ada sebarang lendiran dari faraj, terutamanya untuk lendir yang berair atau berdarah. Doktor akan memutuskan jika anda perlu diwad dengan segera ataupun tidak.
3. Pendarahan
Trimester pertama: Pendarahan disertakan dengan sakit perut semasa trimester pertama mungkin tanda kehamilan ektopik (kehamilan diluar rahim, yang boleh mengancam nyawa!).
Trimester pertama atau awal trimeter kedua: Pendarahan banyak disertakan kesakitan abdomen yang memulas-mulas mungkin menunjukkan keguguran.
Trimester kedua atau ketiga: Pendarahan mungkin menunjukkan plasenta previa (implantasi plasenta yang rendah) atau gangguan plasenta (plasenta yang terpisahkan dari lapisan rahim).
Rupanya mungkin dalam bentuk spotting (warna merah jambu, merah atau coklat) atau pendarahan berat (dalam bentuk ketul-ketul ataupun tidak).
Tindakan yang perlu diambil: Sebarang pendarahan semasa mengandung adalah tanda masalah kehamilan dan memerlukan perhatian segera.
Jika anda mengalami pendarahan yang banyak, jangan berlengah.
Terus pergi ke wad kecemasan dan telefon doktor anda ketika dalam perjalanan ke hospital.
4. Bayi kurang aktif dan tidak bergerak
Sekiranya bayi  kurang aktif, ini mungkin tanda bayi tidak menerima oksigen dan nutrien yang secukupnya dari plasenta.
Apabila anda perasaan bayi kurang aktif atau tiada pergerakan langsung, minum sesuatu yang sejuk atau makan sesuatu yang manis, kemudian baring secara mengiring dan mula hitung pergerakkan bayi.
Anda sepatutnya mengalami sekurang-kurangnya 10 kali tendangan atau lebih, dalam tempoh dua jam.

Tindakan yang perlu diambil: Jika anda mengalami jumlah tendangan yang kurang dari yang sepatutnya, jumpa doktor anda

5. Jangkitan pundi kencing atau yis

Jika kencing anda rasa panas, kencing dengan sedikit atau tidak kencing lansung, ini boleh menunjukkan jangkitan pundi kencing atau jangkitan yis.
Jangkitan pundi kencing adalah jangkitan yang biasa berlaku ketika hamil.  
Tindakan yang perlu diambil: Dapatkan pengesahan dari doktor tentang jenis jangkitan dan dapatkan rawatan yang sewajarnya.
6. Loya dan muntah-muntah yang teruk
Jika anda rasa loya dan muntah sehingga anda tidak dapat mengekalkan apa-apa makanan atau minuman dalam perut anda, ketahuilah bahawa keadaan ini adalah berbahaya.
Jika anda tidak boleh makan atau minum apa-apa, anda berpotensi untuk mengalami dehidrasi dan mungkin kurang sihat (kerana kekurangan nutrien yang diperlukan).
Ini boleh menyebabkan komplikasi pada janin, masalah kehamilan dan kelahiran pramatang.
Tindakan yang perlu diambil: Terdapat ubat selamat yang boleh dimakan untuk mengawal loya dan mengelak rasa muntah.
Doktor juga boleh boleh menasihati beberapa perubahan diet yang boleh membantu.
7. Pra-eklampsia
Sakit kepala yang teruk, sakit perut, gangguan penglihatan, dan bengkak-bengkak terutamanya semasa trimester kedua atau ketiga adalah tanda-tanda preeklampsia.
Masalah kehamilan serius ini berpotensi membawa maut kepada ibu dan bayi.
Pra-eklampsia, yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan protein berlebihan dalam air kencing, biasanya berlaku selepas minggu kehamilan ke-20.
Tindakan yang perlu diambil: Penjagaan pra-natal yang baik boleh membantu mengenal pasti pra-eklampsia di peringkat awal untuk mengelakkan komplikasi serius. 
Jangan terlepas temujanji dengan klinik kesihatan atau doktor anda!
8. Trauma di kawasan perut
Salah satu fungsi cecair amnion adalah untuk melindungi bayi dalam kandungan.
Walau bagaimanapun, sebarang trauma yang serius ke bahagian perut masih boleh membahayakan bayi atau masalah kehamilan lain seperti plasenta yang tercabut dari dinding rahim.
Tindakan yang perlu diambil: Tiada cara lain. Ianya sangat serius. Jadi, anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
9. Pengsan, loya, palpitasi tanda masalah kehamilan
Rasa pengsan, pening kepala yang kerap, denyutan jantung yang cepat, atau palpitasi jantung (Kebanyakan palpitasi jantung adalah tidak merbahaya dan tidak membimbangkan. Namun demikian ia mungkin satu petunjuk anemia dalam kehamilan) adalah tanda-tanda masalah kehamilan yang tidak patut diabaikan.
Walaupun dalam kebanyakan kes, keadaan ini mungkin disebabkan apabila ibu hamil tidak mendapat makanan atau minuman yang secukupnya.
Anda mungkin mengalami anemia, hipertensi, atau masalah lain.
Tindakan yang perlu diambil: Hubungi doktor anda dengan segera.

10. Penyakit selesema AH1N1
Penyakit AH1N1 sudah terbukti sangat berisiko bagi wanita hamil dan boleh mendatangkan masalah kehamilan.
Beritahu doktor sekiranya anda fikir anda mungkin telah dijangkiti penyakit AH1N1 atau jika anda mempunyai simptom-simptom:
  • selesema,demam
  • sakit tekak, batuk
  • hidung berair,
  • keletihan,
  • sakit badan dan menggigil kesejukkan
  • muntah atau cirit-birit.
Wanita hamil lebih senang terjangkit kerana kehamilan akan menambah tekanan pada sistem imun mereka. 

Tindakan yang perlu diambil: Sila jumpa doktor anda segera

Kredit to:theasianparent

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...