Langkau ke kandungan utama

KETAHUI RAHSIA PENYUSUAN BERJAYA

Assalamualaikum semua

Rasanya kan semua ibu lepas berpantang mahu menyusukan anak secara ekslusif selama 2 tahun. Namun, apa yang penting adalah NIAT.

Jom kita ketahui apa rahsia penyusuan yang berjaya

1. Berkemahuan dan berkeyakinan untuk menyusui bayi anda:
Sekiranya kita merasa ragu, malu, resah atau cemas, pengeluaran 'oxitosin' boleh terhalang dan ini akan menghalang pengeluaran susu ibu.

2. Memulakan penyusuan secepat mungkin.
Reflex 'rooting' dan sucking (menghisap) bayi lebih kuat dalam masa 1 jam pertama selepas kelahiran. Ini akan merangsang pengeluaran prolaktin dan oxitosin yang menyebabkan pembentukan dan pengeluaran kolostrum. Pengeluargan oxitosin semasa hisapan akan mengecutkan rahim dengan cepat dan ini mengurangkan kejadian pendarahan.

3. Bersama bayi setiap masa (24 jam) " Rooming in"
Kenapa penting ?
Dalam 3 hari pertama, kolestrum akan dikeluarkan. Jumlah kolestrum yang dihasilkan adalah sedikit (20-30 ml) setiap susuan. Tetapi jangan bimbang kerana ia mencukupi untuk keperluan bayi puan. Ia sangat kaya dengan zat makanan dan antibodi.
Dalam tempoh ini, bayi perlu menghisap susu puan sekerap mungkin dan bila-bila masa ia menghendaki  serta selama mana bayi puan mahu. Sekiranya bayi tidur terlalu lama, kejutkan dan susui. Pastikan bayi puan melekap dengan betul dan menyusu di waktu malam. Bayi dan puan akan cepat mengenalpasti kedudukan yang paling selesa (posisi yang baik).

4. Demand feeding. Kolestrum berubah kepada susu matang selepas dua minggu kelahiran. Susu ibu matang berubah dari masa ke semasa dari hari ke hari dan dari satu susuan ke satu susuan. Bayi yang diberi susu ibu mengikut kemahuan (demand feeding) tidak memerlukan sebarang minuman lain walaupun air bagi 6 bulan pertama. Semakin kerap bayi menyusu, semakin bertambah penghasilan susu. Puan juga perlu menyusukan bayi puan pada bila-bila masa terasa penuh untuk mengelakkan bengkak buah dada.

5. Teknik terbaik penyusuan susu. Menyusui bayi sambil duduk atau berbaring adalah pilihan puan. Syarat penting, puan dan bayi pun selesa.
5.1 Bagi memastikan bayi selesa kedudukan bayi mestilah:
-Bayi tenang tidak menangis

-Badan bayi mengadap rapat pada ibu.
-Perut bayi bertemu perut ibu.
-Kepala, leher dan belakang bayi dalam keadaan lurus.
-Muka bayi berhadapan buah dada ibu.
-Punggung bayi diampu.

5.2 Pelekapan yang berkesan; tanda-tandanya.
-Mulut bayi terbuka luas.

-Dagu bayi menyentuh buah dada.
-Bibir bawah bayi dijulurkan keluar.
-Bayi menghisap, berhenti dan menghisap lagi dengan dalam dan perlahan.
-Ibu mungkin mendengar bayi menelan.

5.3 Sekiranya bayi tidak melekap dengan betul.
-Ibu merasa sakit puting semasa dan selepas menyusu.

-Buah dada ibu mungkin bengkak kerana susu tidak dikeluarkan secukupnya.


6. Bagaimana cara meningkatkan penghasilan susu:
-Bayi perlu melekap dengan betul.

-Tidak memberi puting tiruan atau botol susu.
-Tidak memberi apa jua minuman atau makanan selain dari susu ibu sebelum bayi berumur 6 bulan.
-Beri bayi menyusu sekerap yang bayi mahu (demand feeding).
-Beri bayi menyusu sebanyak yang bayi mahu.
-Beri bayi menyusu di waktu malam


-SUPPLEMENT SHAKLEE YANG DISARANKAN: 
Set Berpantang & Penyusuan/ Set Post-Natal Shaklee (Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Ostematrix, ESP, Alfalfa & Omega)

*Punca dan Sebab Susu Merudum. Apa yang Perlu Dilakukan?*
Ada beberapa sebab yang menjadikan susu kita mula kurang atau merudum. Antaranya ialah :
- Haid

- Pengambilan pil perancang (ibu menyusu hanya boleh ambil Noriday sahaja)
- Stress
- Puasa
- Sakit
- Mengandung
- Kurang minum air masak tetapi kuat minum ais dan berkafein
- Letih dan kurang tidur
- Anak dah mula meningkat usia (hampir 2 tahun)


Sekiranya senarai di atas memang ada dengan anda, so apa yang perlu anda lakukan?

1) POWER PUMPING
Power pumping adalah salah satu kaedah sangat membantu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu dengan meniru gaya ‘cluster feeder’ di kalangan bayi menyusu. Boleh buat dalam 2 atau 3 kali sehari, InsyaAllah.

Cara membuat power pumping ialah: (dalam masa 1 jam)
(double pumping)
10 minit pam, 10 minit rehat,
10 minit pam, 10 minit rehat
(single pumping)
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat
5 minit pam kanan, 5 minit pam kiri, 5 minit rehat


2) KERAPKAN PAM DI WAKTU MALAM

Hormon prolaktin meningkat secara natural pada waktu malam. Jadi anda digalakkan untuk mengepam pada waktu malam agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak.


3) KERAPKAN LAGI SESI MENGEPAM DI PEJABAT / RUMAH

Kalau sebelum ni hanya 2 kali sahaja pam di pejabat, cuba lebihkan menjadi 3 kali pula. Jangan biar susu "tinggal lama" dalam payudara. Ini kerana susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan).
- Bila payudara dipenuhi susu, FIL akan memperlahankan pengeluaran susu.
- Bila payudara kosong, FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.
So jangan biar lama - lama atau biar betul - betul bengkak baru nak pam. Kesimpulannya bila payudara kosong, maka lebih cepatlah susu dapat dihasilkan.


4) PAM DENGAN LEBIH LAMA

Kalau biasa pam 10 minit, cuba tambah lagi 10 minit. Mungkin dalam tempoh mengepam yang extra tu boleh dapat letdown berkali-kali. Biar je corong pam tersebut berada di payudara walaupun susu masih belum keluar. Nanti bila "letdown sudah datang" jeng..jeng..banyaklah susu tu akan keluar.


5) RANSANG PUTING PAYUDARA

Sebelum pam, cuba anda sentuh puting selama 5 minit. Bila susu dah mula nak keluar baru letakkan corong pam. Sambil - sambil tu anda juga boleh mengurut payudara iaitu dengan cara dari dada ke puting, cuba bayangkan anda menolak susu tu keluar. Kadang - kadang minda bawah sedar sangatlah powerful InsyaAllah.


6) AMBIL MAKANAN BERKHASIAT

Untuk membantu bagi meningkatkan lagi penghasilan susu ibu, anda bolehlah mengambil apa - apa milk booster atau galactagogue sebagai conton makanan yang tinggi protin, serat dan kalsium.

*Fungsi Setiap Supplemen dalam Set Menyusu Shaklee secara ringkas :*

ESP : Merupakan protin yang boleh dibancuh sebagai minuman yang membantu memberi tenaga untuk ibu. ESP juga membantu menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan berkualiti. Kebanyakkan pengguna menyatakan dengan pengambilan ESP, susu mereka lebih cepat terhasil untuk sesi berikutnya.

Ostematrix : Merupakan kalsium yang dapat melengkapkan keperluan buat ibu dan bayi. Kalsium membantu mengurangkan sakit pinggang dan membantu ibu mendapat rehat yang lebih baik walaupun kurang tidur.

Vitalea : Multivitamin yang membantu menampung kekurangan nutrisi dalam diet harian ibu yang bekerja atau masih berpantang yang semakin sibuk. Keperluan nutrisi sangat penting untuk penghasilan susu ibu yang bernutrisi tinggi yang kaya anti bodi.

B Complex : Lengkap dengan asid folik dan kesemua vitamin B membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Ibu juga menjadi lebih fokus dan tenang kerana vitamin B membantu mengawal stress dan mengelak kemurungan.

Vitamin C : Membantu menguatkan antibodi ibu dan khasiatnya turut dikongsi dengan bayi. Membantu menyokong kesihatan tulang, gigi dan gusi yang sihat.

Alfalfa : Merupakan galactagogue atau herba penggalak susu ibu a.k.a milk booster. Alfalfa juga membantu masalah keputihan ibu dan mengurangkan angin dalam badan.

www wasap.my/60138214890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...