Langkau ke kandungan utama

Air Ketuban Pecah? Apa Yang Patut Dibuat?

Air ketuban bertujuan untuk melindungi bayi dari gegaran dan hentakan dari luar dan ia menjadi medium untuk perkumuhan.

Air ketuban pecah apabila beg membran yang dipenuhi dengan cecair amnion yang melindungi bayi anda dalam uterus (rahim) koyak. Cecair ini kemudiannya meleleh keluar melalui serviks dan faraj anda.


Amaun air ketuban yang keluar berbeza dari satu wanita hamil dengan wanita hamil yang lain. Ada yang keluar hanya sedikit dan ada yang keluar bagai air yang mengalir.

Apa apa pun penting untuk diketahui bahawa jika mendapati air ketuban anda pecah, dapatkan pemeriksaan segera daripada doktor tidak kira berapa pun usia kandungan anda. Sekiranya anda berada diakhir trimester kehamilan, anda perlu segera bertemu doktor walaupun tidak mengalami kontraksi. Sebab sebaik sahaja ketuban pecah, perlindungan terhadap kandungan daripada sebarang risiko jangkitan adalah rendah.

Apa Yang Anda Perlu Buat Selepas Air Ketuban Pecah

1. Pastikan kadar denyutan jantung dan pergerakan bayi diperiksa oleh doktor setiap 24 jam sehingga anda berada dalam fasa proses kelahiran.
2.  Periksa suhu tubuh setiap 4 jam ketika dalam keadaan berjaga bagi memastikan anda demam atau tidak.
3.  Perhatikan sebarang perubahan dalam warna dan bau air ketuban. Warna selain daripada kekuningan adalah petanda terdapatnya jangkitan.
4.  Pastikan pergerakan bayi adalah seperti biasa. Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan, demam atau rasa pergerakan bayi berkurangan, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin. Jika disahkan terkena jangkitan, anda memerlukan antibiotic intravena dan doctor akan memberi ubat pencetus kontraksi agar anda dapat melahirkan bayi dengan segera.
5.  Jika anda tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan tetapi ketuban telah pecah lebih daripada 24 jam, anda dinasihatkan untuk melahirkan bayi di hospital. Hal ini disebabkan kebimbangan bayi anda mungkin memerlukan akses atau pemindahan segera ke pusat jagaan neonatal.

Jadi ibu ibu jangan pandang ringan sekiranya air ketuban anda pecah. Pastikan anda telah bersiap sedia untuk menyambut kelahiran orang baru

Air ketuban yang normal selalunya tidak bewarna dan tidak berbau. Sekiranya anda mengalami air ketuban yang berwarna kuning atau kehijauan, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Dalam satu kajian yang dijalankan, kebarangkalian untuk mendapat jangkitan kuman adalah sebanyak 40% selepas 24 jam dari masa kebocoran air ketuban berlaku.

Oleh itu, pastikan anda alert pada tubuh anda. Jangan ambil ringan.

Nak dapatkan set bersalin shaklee?


Jom cepat-cepat wasap saya 0138214890

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...