Langkau ke kandungan utama

Kemurungan Semasa Hamil Apa Penyebabnya??

  • Perasaan sedih, keliru dan putus harapan tidak dapat menumpukan perhatian;
  • sentiasa bimbang; rasa sangat jengkel; masalah tidur; keletihan yang teruk atau berpanjangan; keinginan untuk makan setiap masa atau tiada selera makan langsung;
  • perasaan bahawa tiada apa yang menggembirakan atau menyeronokkan;
  • terfikir untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri.


Di atas merupakan antara tanda atau simptom yang menunjukkan kemurungan

Adakah anda salah seorang darinya?

Bagaimana saya boleh tahu saya mengalami kemurungan?
Tiada simptom-simptom khusus yang menunjukkan anda mengalami kemurungan kerana ia berbeza dari seorang ke seorang yang lain. Walau bagaimanapun jika anda mengalami salah satu daripada simptom-simptom berikut dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ini mungkin tanda anda mengalami kemurungan.

Simptom seperti keletihan dan perubahan dalam corak tidur dan makan juga adalah kesan sampingan kehamilan yang biasa.

Walau bagaimanapun, jika simptom-simptom anda berterusan selama berminggu atau bulan, serta mula mengganggu kehidupan seharian anda, anda mungkin mengalami kemurungan. Contohnya, jika anda mengalami kesukaran di tempat kerja kerana anda tidak boleh menumpukan perhatian, atau anda rasa sukar menyelesaikan apa-apa tugas di rumah. Bincanglah dengan suami atau orang yang anda percayai.

Jangan tunggu sehingga anda sampai ke tahap ini sebelum mendapatkan bantuan. Jika anda mempunyai sebarang masalah dalam menangani emosi anda, penting untuk berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin.



Apakah yang menyebabkan kemurungan ini?

Setiap orang lain punca kemurungannya. Salah satu penyebabnya ialah peristiwa dalam hidup yang memberi tekanan.



Berita kehamilan itu sendiri kadang-kadang boleh menyebabkan kemurungan. Bagi wanita yang sudahpun merasa tertekan akibat perkara-perkara lain, kehamilan mungkin menjadi pencetus yang menyebabkan kemurungan yang serius.

Jika sebelum ini anda pernah mengalami masalah kesihatan mental, anda lebih berkemungkinan mengalaminya semula semasa hamil atau selepas bersalin berbanding waktu-waktu lain dalam hidup anda. Masalah kesihatan mental yang ringan juga boleh menyebabkan isu, namun ianya berbeza dari seorang dan seorang yang lain.

Faktor-faktor lain yang boleh menyumbang atau menyebabkan kemurungan semasa lain termasuk: 


  • Masalah kewangan. Kewangan keluarga boleh jadi membimbangkan semasa hamil. Tetapi jika anda benar-benar terdesak atau bimbang mengenai bagaimana anda akan menguruskan kewangan anda selepas bayi lahir, ini boleh jadi punca tekanan yang besar.
  • Masalah kehamilan. Kehamilan yang bermasalah, contohnya yang menyebabkan mabuk hamil yang teruk, boleh mengganggu emosi. Jika anda tidak mahu hamil pada ketika ini, maka perkara ini juga akan menyumbang kepada kemurungan. 
  • Perubahan dalam perhubungan. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana hubungan dengan suami anda akan berubah setelah anda menjadi ibu bapa. Atau jika anda sudahpun mempunyai anak, anda mungkin bimbang mengenai bagaimana anak-anak anda akan menerima kesan dengan kehadiran bayi baru.
  • Komplikasi dalam kehamilan terdahulu. Pengalaman hamil dan bersalin yang terdahulu boleh mencorak bagaimana anda rasa mengenai kehamilan ini. Kajian telah menunjukkan bahawa komplikasi dalam kehamilan terdahulu mempunyai kaitan dengan kemurungan pranatal. 
  • Masalah kesuburan atau keguguran. Jika anda mengalami banyak kesulitan untuk hamil, atau pernah mengalami keguguran di masa lalu, anda mungkin akan merasa risau mengenai kesihatan kandungan sekarang. 

Apa yang patut saya buat untuk menangani kemurungan?

Berehat
Tahan keinginan untuk membuat seberapa banyak tugas yang anda boleh sebelum kelahiran bayi. Letakkan diri anda di tempat teratas dalam senarai perkara yang anda perlu buat. Anda tidak akan mempunyai banyak masa untuk diri sendiri sebaik sahaja bayi anda lahir. Bacalah buku, bersarapan di katil, atau keluar dengan rakan. Menjaga diri sendiri adalah satu perkara yang penting dalam penjagaan bayi. 

Bersenam 
Walaupun ini bukanlah masa yang terbaik untuk memulakan regim senaman yang berat, senaman boleh membantu memperbaiki mood anda. Berenang, berjalan dan kelas senaman pranatal selamat dilakukan semasa hamil. Tahu lebih lanjut mengenai senaman yang disyorkan sepanjang kehamilan dan sasarkan untuk membuatnya tiga kali seminggu. 

Luahkan 
Berbincanglah dengan suami anda dengan jujur. Anda perlukan sokongannya, dan dia hanya boleh melakukan perkara ini jika anda berterus terang. Anda juga boleh meluahkan kebimbangan anda mengenai masa depan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. 

Cubalah terapi atau kaunseling 
Jika anda telah melakukan segala-galanya untuk mengeluarkan diri daripada kemurungan ini selama dua minggu tetapi tidak berhasil, berjumpa dengan ahli terapi atau kaunseling mungkin membantu. Anda perlu mendapatkan seseorang yang boleh dipercayai dan yang anda rasa selamat untuk bercakap tentang hal ini. 

Atau anda boleh mencuba set kemurungan dari shaklee


Jangan biarkan kemurungan menghantui anda

noor hasmah
0138214890

kredit to babycenter.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Yang Perlu Kita Tahu..Berapa Oz Yang Bayi Patut Minum..

Bismillah.. Pasti ada antara kita yang masih confuse terutama mak-mak yang baru melahirkan anak..berapa oz susu yang nak diberi pada anak terutama bayi yang kurang dari setahun. Misi kat klinik pernah bertanya  pada saya berapa oz susu saya bagi pada anak yang umur 2 bulan? Saya jawab saya masih breasfeeding dan bagi susu formula hanya sesekali saja. Itupun tak sampai 2 oz. Then misi pun jawab, sepatutnya bayi yang berumur bawah 5 bulan, hanya perlu minum susu tidak lebih dari 3 oz untuk setiap kali penyususna. Logiknya perut bayi memang tak besar..hanya sebesar biji guli saja! Nak tahu macam mana cara menentukan berapa oz susu yang nak diberi kepada bayi anda? Cuba formula ini.. Darabkan berat badan bayi (dalam unit pound) dengan 2.5 Formula mengikut umur bayi Baru dilahirkan sehingga berumur sebulan - 30ml-60ml (1oz-2oz) Sebulan sehingga 2 bulan - 90ml-120ml(3oz-4oz) 2 bulan sehingga 6 bulan - 120ml-180ml (4oz-6oz) 6 bulan hingga setahun - 180ml-220ml...

Bartholyn Cyst Dan Cara Rawatannya

Assalamualaikum Pertanyaan dari seorang customer pagi ni membuka mata saya pada Bartholyn Cyst iaitu keadaan dimana kelenjar barthol i n tersumbat. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Barthol i n, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi menghasilkan cecair sebagai pelincir apabila nafsu seseorang wanita terangsang . Setiap kelenjar bartholin berfungsi menghasilkan cairan, yang kemudian disalurkan keluar melalui saluran yang disebut saluran kelenjar barthollin. Fungsi cairan ini adalah menjaga kelembapan vagina agar dalam keadaan sihat. Jika kelenjar bartholin terganggu, maka produksi cairan vagina turut terganggu dan menyebabkan terganggunya kesihatan vagina. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar sehingga membentuk cyst yang semakin lama semakin membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartho...

KEHEBATAN ZIKIR YA WAHHAB

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah dalam menghadapi kehidupan ini. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini terasa ada perubahan pada diri. Semoga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.   Ya Wahhab. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini. Usia dah meningkat seharusnya kita berusaha untuk memajukan diri sendiri. In shaa allah. Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa gembira dan ada masa kita rasa down. Yang penting kita sering bermuhasabah diri. AL-WAHHAB bermaksud Yang Sentiasa Memberi . Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi. Rahsia kehebatannya: 1->Menjadi terkaya dan terkenal Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta y...